Wednesday, March 2, 2011

karburator...........

Dah beberapa hari aku tak update blog aku in
  jadi hari ini aku nak sembang-sembang sikit pasal karburator benda yang paling penting bagi sesebuah kenderaan yang memakai sistem ini selain suntikan bahan api ( injection ) tak kira motosikal atau pun kereta.
tapi blog ni pasal motorsikal jadi lebihkan dekat motosikal...
  sebelum aku cerita lebih lanjut aku nak terangkan pasal kegunaan karburator ni bukan saja-saja benda ni
dicipta ( ini pakai motor nak laju je tapi bukak coverset pon reti ) ... karburator adalah sejenis alat yang digunakan bagi mencampurkan bahan api petrol dengan udara dengan kadar yang betul bagi kegunaan enjin pembakaran dalaman jadi bagi kenderaan yang memakai sistem karburater kalau tiada karburator kenderaan anda tiada guna.
  karburator menggunakan sistem prinsip bernoulli iaitu bergantung dengan sistem tekanan udara rendah dalam karburetor hasil daripada kelajuan luruan udara ke rongga masukan enjin dan menarik bahan api untuk dicampurkan bersama-sama udara. Lebih laju luruan udara masuk, lebih rendah tekanan udara di dalam karburetor serta lebih banyak bahan api dapat ditarik untuk dicampurkan dengan udara, dan seterusnya kelajuan enjin akan bertambah hasil penambahan campuran udara-bahan api.
 karburater mempunyai 2 jenis antaranya

1.Venturi tetap - mempunyai saiz venturi yang tetap serta bergantung kepada kelajuan luruan udara bagi menarik bahan api ke venturi untuk dicampurkan dengan udara.( tidak boleh set jarum )

contoh komponen karburator venturi tetap

2. Venturi boleh laras - juga dikenali sebagai karburetor kelajuan malar (constant velocity) ataupun karburetor injap gelungsur, karburetor jenis ini mempunyai satu injap gelungsur dengan jarum yang mengawal kedua-dua bukaan venturi dan jet utama. Di dalam karburetor jenis ini, bukaan venturi dilaraskan bagi mengawal kelajuan udara pada bahagian venturi sahaja.( kena set jarum )
contoh karburator venturi boleh laras
 dan dibawah ini ada gambar rajah basic sesebuah karburator dan penerangan bahagian-bahagian
karburator

  • Takungan bahan api - menerima bahan api dari tangki minyak
  • Venturi - bahagian aliran udara paling sempit bertujuan meningkatkan kelajuan luruan udara bagi menghasil kan tekanan udara paling rendah pada bahagian berkenaan bagi menarik bahan api keluar melalui jet utama. Biasanya saiz venturi adalah tetap, tetapi kerburetor injap gelungsur pula mempunyai satu injap gelungsur boleh laras yang mengawal saiz venturi.
  • Jet utama - laluan keluar utama bahan api ke venturi; alirannya dikawal oleh tekanan rendah pada venturi, tetapi pada sesetengah karburetor terutamanya jenis injap gelungsur pula jarum pada injap gelungsur turut mengawal bukaan jet utama.
  • Jet melahu - saluran sempit bagi menyalurkan udara dan bahan api semasa kelajuan melahu iaitu semasa injap pendikit tertutup.
  • Injap pendikit - terletak di bahagian hujung saluran udara karburetor, injap pendikit mengawal bukaan saluran udara selepas venturi bagi mengawal aliran campuran udara-bahan api ke enjin; dengan itu injap pendikit turut mengawal kelajuan enjin secara langsung. Injap pendikit disambung kan kepada genggam pendikit bagi membolehkan  penunggang motosikal mengawal kelajuan enjin. Biasanya injap pendikit terdiri daripada injap rerama tetapi dalam sesetengah karburetor injap gelungsur, injap gelungsur itu sendiri turut bertindak sebagai injap pendikit.
  • Injap pencekik - terletak di bahagian pangkal saluran udara karburetor sebelum venturi, injap pencekik menyekat aliran udara bagi menghasilkan campuran udara-bahan api yang lebih kaya agar enjin lebih mudah dihidupkan semasa sejuk. Injap pencekik dikawal sama ada menggunakan tombol pencekik secara manual ataupun dengan menggunakan mekanisme automatik. Sesetengah karburetor tidak mempunyai pencekik tetapi menggunakan udara yang dipanaskan oleh saluran ekzos untuk memudahkan enjin dihidupkan semasa sejuk.
karburator pula berfungsi dengan 4 cara  
1.Kelajuan melahu - Injap pendikit tertutup sepenuhnya, tetapi mempunyai sedikit bukaan udara bagi membolehkan sedikit udara melaluinya. Petrol mengalir di dalam karburetor melalui jet melahu. Kuantiti campuran udara-bahan api yang sedikit ini menyebabkan enjin hanya berputar pada kelajuan melahu ( sekitar 1,400 rpm bagi motosikal).
2.Kelajuan rendah - injap pendikit terbuka sedikit, membolehkan udara berkelajuan rendah melalui venturi dan seterusnya menarik sedikit bahan api melalui jet utama ke venturi. Sementara itu, bahan api turut mengalir melalui jet melahu kerana kelajuan luruan bahan api melalui jet utama masih lagi rendah.
3Kelajuan tinggi - injap pendikit terbuka besar, ataupun hampir terbuka sepenuhnya semasa menghampiri kelajuan maksimum. Bukaan injap pendikit yang besar membolehkan udara meluru masuk dengan laju dan banyak, merendahkan lagi tekanan udara pada venturi dan seterusnya menarik lebih banyak bahan api melalui jet utama. Kali ini, bahan api tidak lagi melalui jet melahu kerana lebih cenderung melalui jer utama di mana tekanan udara lebih rendah.
4.Semasa tombol pencekik ditarik - injap pendikit menyekat aliran udara masuk udara ke karburetor sehingga udara masuk ke karburetor kurang daripada semasa kelajuan melahu, menyebabkan campuran udara-bahan api yang kaya terhasil bagi memudahkan enjin dihidupkan semasa sejuk.

secara lazimnya cara penyalarasan karburator adalah dengan ,
nisbah campuran udara-bahan api petrol yang dipanggil sebagai nisbah stoikiometrik ialah 14.7:1, iaitu 14.7 unit berat udara dicampurkan pada setiap unit berat bahan api. Nisbah campuran yang lebih tinggi daripada nisbah stoikiometrik menghasil kan campuran nipis manakala nisbah campuran yang lebih rendah daripada nisbah stoikiometrik pula menghasil kan campuran kaya. Campuran yang terlalu kaya akan mengotorkan palam pencucuh dan kebukmenghasilkan gas nitrogen oksida yang mencemarkan udara.Biasanya, karburetor dilaras melalui dua skru pelaras iaitu skru pelaras injap pendikit yang mengawal bukaan injap pendikit semasa kelajuan melahu, serta skru pelaras melahu yang mengawal aliran petrol semasa kelajuan melahu. Pelarasan karburetor yang baik akan membolehkan enjin mudah dihidupkan semasa sejuk serta menjimatkan bahan api dalam masa yang sama.

antara karburator yang boleh dipasang pada NSR 150RR kerana saiz standart hanya bersaiz 26mm sahaja
karburator NSR SP 28mm keihin
karburator YAMAHA TZM 30mm mikuni
 gambar di atas adalah contoh yang sesuai untuk dipasang untuk NSR 150rr tetapi antara nya ada beberapa benda perlu modifikasi antaranya tapak reed valve,kotak angin,insulator dan bost botle
sekian terima kasih jika salah harap dimaafkan

8 comments:

  1. sistem enjin honda adalah yg terbaik berbanding saingan dalam kelasnya (maaf jika anda tidak bersetuju).
    base pd pengalaman saya dimana nsr rr saya telah tersadai sekian lama sejak dis 2007 kerana kemalangan, hanya dengan 3 kali tendang sahaja, enjin hidup semula, berbanding dgn kepunyaan adik ipar (tzm) yg tidak digunakan selama 2 hari, perlu di tendang berkali2 dan menarik choke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semestinya mudah start tu yg terbaik,.mungkin TZM adik ko tu jenis berpenyakit tu pasal enjin malas nak hidup,aku guna TZM dari zaman bujang sampai sekarang 1997-2013,baru sekali je ovrhll enjin,sekali tendang je hidup la enjin..skrng dah ada dua anak TZM still tk jual..wlau sehebat mana anggapan ko pada nsr,tapi Tzm tetap digelar hiway star tu..kenapa agaknya.. cuma msaalah pda tzm hanya satu PV cepat bocor,tapi itu tk menjejaskan apa2 le...TZM ni direkabentuk sehabis baik pda zaman tu yg sekelas denganya (150cc) dari segi bentuk,enjin,rupa paras,ketegapan,kebesaran body perrhghhh susah nk cita ar,ditambah jeritan PwV berbanding NS pnya RCV.ko tengok kerangka antara dua moto ni pun beza gile.. dlm majalah Roda dulu pun ada kuar rider pandu uji TZM NSR,kelebihan dilabel pda tzm,berat,tegap,segi selekoh dan hiway..kalo tak masakan ada KL menjerit 1-2 he he.

      Delete
    2. sbb NSR dah di stopkan masa gawat, Kos akan tinggi woo klau nak repair sbb jatuh sana sini. lagi plak BOON SIEW tak sekencang Hong Leong Yamaha menyaport enjin 150, boon siew lih support jentera kapchai

      Delete
  2. ntah la pak tam sbb adik ipar tu dia mmg jaga motor servis ikut jadual. mmg skema abis, ttp mmg power valve tzm mmg kerap leaking

    ReplyDelete
  3. ntah la pak tam nsr saya dari tahun 1997 smpai skrg x pernah overhaul, kerap lenjan dari jb ke ipoh pd tahu 1998 sentiasa lebih 160km/jam .klau kl ke ipoh biasa 170~200 sbb tu dpt 2 jam je kl ipoh, ttp alhamdullilah x pernah oberhol

    ReplyDelete
  4. Tzm ke nsr ke leceh ar bakul takde

    ReplyDelete