Thursday, March 24, 2011

Pemilihan RANTAI motorsikal NSR150RR ...................

Semua pengguna dan penunggang motor tahu apa itu rantai motosikal...
  kalau tak tahu pelik juga, sebab rantai motosikal adalah benda akhir yang membolehkan ia mengerakkan motosikal yang mengunakan rantai tidak seperti skuter guna bell. jadi bagi pengguna motosikal aku nak kongsi pengalaman aku yang pernah tukar rantai motosikal...
  rantai motosikal ini ada banyak saiz antaranya: 415, 420, 428, 520, 525 dan 530,
rantai ini mempunyai saiz kerana motorsika pun mempunyai saiz bebeza dan kuasa yang berlainan
dengan itu rantai pun sama bagi rantai 420 dan 428 kebanyakan nya digunakan oleh motor-motor kecil
yang dipanggil motor cub atau pun moped. rantai yang bermula saiz dari 428.520 selalunya digunakan oleh motor yang kuasa yang lebih besar sedikit, manakala 520,525 dan 530 digunakan oleh moto yang lebih besar (superbike).tetapi rantai 415 juga selalu digunakan menjadi rantai pilihan dalam perlumbaan bagi kategori cc 150 ke bawah

  sebelum lebih lanjut ingin diterang kan setiap rantai motosikal mempunyai kod tersendiri
bagi kualiti masing-masing;

 kod bagi rantai RK
sebagai contoh rantai RK

1- Standart Chain ( rantai biasa ) = 420SB, 428SB. 520, 525, 530
2- Heavy Duty Chain ( lebih tahan ) = 520HSB, 525HSB,530HSB
3- Racing Chain ( pelumbaan ) = 415HSB
4- Seal Chain ( O-ring ) = 428KRO, 520KRO, 525XSO, 530XSO, GB520XSO, GB525XSO,  
                                             GB530XSOZ1, GB530GSW....
kod bagi rantai RK M

contoh rantai RK M

1-STANDARD CHA1-IN    = 420,428,420SB,428SB
2-HEAVY DUTY CHAIN   =  428H,428HSB
3-RACING CHAIN  =   GR415HSBT
  kod bagi rantai SSS
contoh rantai SSS
1-STANDARD CHAIN  =    420, 428, 520K, 525K, 530K
2-HEAVY DUTY CHAIN  =    428HK, 520HK, 525HK, 530HK
3-RACING CHAIN  =    GR415HSBT, GS415HSB, 520HCR

  bagi kepada pengguna motosikal HONDA NSR 150R/RR pilihan rantai amat lah penting kerana ia bagi menjamin keselesaan perjalanan standard kilang HONDA NSR150R/RR telah memberikan rantai bersaiz 520.  rantai 520 digunakan kerana ia lebih tahan dan penggunaan rantai 520 boleh 2 kali digunakan jika mengunakan O-ring lebih lagi pun boleh ( itu pun jika rantai dijaga elok ). tetapi rantai 520 lebih mahal harganya jadi sebagai peganti 428 digunakan tetapi jika mengunakan 428 guna lah rantai yang lebih elok sedikit janganlah terlalu kedekut kerana perlu diingatkan rantai 520 pun boleh putus inikan 428...............semua ini hasil dari pemerhatian pengalaman dan sumber-sumber pasti.........sekian terima kasih

3 comments:

  1. pada pendapat saya baikalah ditukar kpd rantai 428 termasuk sproketnya sekali (ada brand jomthai)ini lebih jimat dan tahaaaan lebih lama dari std kilang 520.
    kenapa? rantai 520 mudah kejang walaupun dijaga dgn baik, diminyakkan. kerana jika nak guna 520 set sproket mestilah besar spt kawasaki zxr 250.
    sproket nsr 150 rr tidak cukup besar, maka rantai tidak dapat melentur ikut sudur bulatan sproket yg kecil. hal ini kerana jarak sambungan anatara pin dgn pin yg sebelah adalah jauh, jika rantai 428, jarak sambungannya adalah lebih dekat, maka rantai dapat melentur lebih mudah pada sproket

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau motor 150cc pakai saiz rantai 415 oke dak boss? Agak² mudah putus dak?

      Delete
  2. Honda NSR asal memang pakai spoket 520 jom thai tetapi spoket 428 dicipta bagi mengurangkan berat
    1 je masalah moto ni spoket jenama jom thai dah tak da, kalau ada jual pun stock lama yang tinggal jenama yang ada adalah shark tap kekurangan shark adalah btng spoket longgar dengan bush rim x sama seperti jom thai

    ReplyDelete