Showing posts with label SiStEm DaN pEnGeNaLan. Show all posts
Showing posts with label SiStEm DaN pEnGeNaLan. Show all posts

Friday, May 23, 2014

Nama sebenar honda hurricane 110.......... dan adik beradiknya

Asalamualaikum dan salam sejahtera.......
  hari ni aku nak buat sikit coretan pasal Honda hurricane 110 ... dekat malaysia motor ni memang ketegori amat rare laaa kalau pakai pun dah uzur yg tip top payah cari.. klu yg dah cun bnyk pakai cover set honda dash 125... nak taip banyak malas plak tgk gambar yg ada ni yeee

nama kat luar honda hurricane ni honda cela
sama tak rupa si cela ni
atas ni hurricane punya base model @ asal

honda hurricane malaysia tapi kepala lampu depan dah tukar

yang ni ori hurricane cuma lusuh sebab aku punya hahahahha

ni nak selit sikit base motor sama dengan hurricane enjin pun sama tapi tak bogel
jadi kalau pergi thailand nak cari part hurricane jgn panggil hurricane sebab kat sana nama di HONDA CELA..... gambar bawah ni pula nak tunjuk HONDA TENA

ni nama dia HONDA TENA R

HONDA TENA RS

comel tak tena ni? klu tak kita tengok keturunan NOVA pula...

HONDA NOVA S


HONDA NOVA R
HONDA NOVA RS
HONDA NOVA R SP
HONDA NOVA RS SP1 ada break disc belakang

NOVA DASH RS SPI dengan spoert rim
Oklah gambar atas adalah HONDA NOVA nak kata NOVA DASH blom lg kot sebab tgk gambar dibawah pula ni baru pure HONDA DASH





ni sebagai contoh je laa nak cerita lebih aku tak tahu sebab malaysia hanya ada honda hurricane dengan honda nx jeeee..... sebelum nak habiskan pertaipan aku ni hehehehe aku nak selit gambar model HONDA SONIC 4stroke kat bawah ni.....


ni je lah coretan .... tunggu nanti coretan yang ada maybe nak update yang lama dalam simpanan

Thursday, March 17, 2011

SPARK PLUG...........( palam pencucuh )

dah tengah-tengah ni sekarang aku dah takda idea sangat nak tulis dekat blog aku ni sekarang
  tapi tengah selak-selak pakcik google ni aku jumpa pasal spark plug jadi apa kata kita mengenali
berkenaan spark plug ( palam pencucuh )

selama kita guna motosikal masih lagi ramai tidak tahu apa guna spark plug ( palam pencucuh ) dan betul ke ia boleh rosak
  tapi sebelum tu kita kenal dulu pasal siapa cipta spark plug ( palam pencucuh ) manalah tahu sapa-sapa yang belajar automotif masa periksa ada soalan macam ini. pencipta dia adalah Nikola Tesla tapi ia diperbaharui oleh
Richard Simms. Robert Bosch dan Karl Benz tapi ia tetap tidak sesuai digunakan dalam sistem enjin kenderaan.
dan pada  tahun  1902 Gottlob Honold  menjayakan  atau pun  membolehkan spark plug ( palam pencucuh ) mula digunakan di dalam enjin kenderaan ( diedit kerana kalau panjang mesti sangat ramai malas baca )

bahagian-bahagian spark plug ( palam pecucuh )

RAJAH BAHAGIAN SPARK PLUG ( PALAM PENCUCUH )
 

1- Terminal ( TERMINAL )--  disambungkan ke gelung pembakaran.
2- Sirip ( RIBS ) --- berfungsi sebagai penebat serta mengelak kebocoran elektrik.
3- Penebat ( INSULATOR )-- dibuat daripada serami aluminium oksida, ia direka bagi menampung suhu
                                               setinggi 550 °C dan voltan setinggi 60,000 V.
4-Bekas logam ( METAL CASE ) --membuang haba daripada penebat serta berfungsi sebagai elektrod
                                                         bumi.
5-Hujung penebat ( INSULATOR TIP ) --bahagian hujung penebat yang mengelilingi elektrod tengah
                                                                  mempengaruhi prestasi spark plug ( palam pencucuh terutamanya
                                                                  banjaran haba.
6-Elektrod tengah dan bumi ( CENTER ELECTRODE )---menghasilkan bunga api.


SPARK PLUG UNTUK HONDA NSR 150 R/RR DAN SP
   baiklah pada penguna Honda NSR 150 R/rr dan sp pengunaan spark plug yang sesuai adalah penting
tidak kiralah pada semua motosikal pun sama kerana ia boleh menghasilkan prestasi atau pun sebalik nya antara contoh piston berlubang jika gunakan spark plug iridium

     antara spark plug yang sesuai
UNTUK NSR 150 R DAN RR SAHAJA

spark plug NGK BR8ES unuk R dan RR
spark plug NGK B8ES untuk R dan RR
dan yang terbaik bagi motor R dan RR NGK B8ECS
kalau berani pakai spark plug ini NGK BR8EG/BR8ECM

UNTUK HONDA NSR 150 SP

spark plug NGK B9ECS yang terbaik untuk daily use tapi susah jumpa
NGK B9ES mudah didapati di malaysia
dan yang terbaik untuk jiwa kelajuan NGK BR10EG

satu nasihat kepada yang mengunakan motosikal guna lah yang bersesuaian dengan keadaan motor anda supaya tiada masalah berlaku mengunakan spark plug antara masalah contoh spark plug yang terbaik contoh jangan pakai spark plug kereta, ia boleh menyebabkan piston bocor kerana terlampau panas tapi nak pakai boleh sahaja janji setting motor tu cantik dan PALING PENTING JANGAN GUNAKAN  RECYCLE SPARK PLUG ( JENAMA LAIN BOLEH DIGUNAKAN BUKAN KERANA ADA APA-APA DENGAN ngk TETAPI SELALU MENGUNAKAN NYA )
 spark plug rosak
ok la spark plug rosak boleh tahu bila nak start moto rasa kosong
kenapa spark plug boleh rosak anataranya plug tu terbakar warna putih
tetapi spark plug basah pun boleh menyebabkan moto tak boleh dihidupkan ini semua kerana salah setting
minyak dan angin antar penyelesaian awal bukak spark plug itu dan lap dengan kain lepas tu pasang balik

sekian terima kasih

Thursday, February 17, 2011

Sistem power valve motorsikal 2stroke

Hari ini aku nak menaip tentang sistem valve dalam motosikal 2stroke terutama motosikal cc lebih dari
  150 ke atas,valve ini mempunyai banyak nama bagi setiap produk motosikal yang dikeluarkan oleh syarikat
motosikal antaranya.

1.SUZUKI-AETC and Super AETC, ( Automatic Exhaust Timing Control )
                   Enjin AETC dan Super AETC Suzuki, Automatic Exhaust Timing Control: Dua bilah versi ialah dipasang kepada VJ21 RGV250 , dan tiga bilah versi, bagi VJ22 RGV250 dan Suzuki RG150.Dengan sistem AETC, sistem valve  biasanya sebahagiannya menutup pada RPM rendah; bila menutup, ia membolehkan enjin untuk membuat lebih banyak kuasa. bagi satu titik naik tertentu , bagaimana pun, kuasa merosot sebagai enjin tidak mampu mengeluarkan gas-gas cukup daripada ekzos. Bila valve kuasa dibuka, ia membenarkan lebih banyak gas-gas untuk mengalir daripada pangkalan ekzos. Sistem ini dapat dikenal pasti oleh sebuah kotak kecil di atas outlet ekzos; power valve terletak dalam kotak ini. Bergantung pada injap, mereka boleh dibuat dua (versi lebih lama) atau tiga (versi lebih baru) mata pisau berasingan.
2.YAMAHA-YPVS , ( Yamaha Power Valve System )
                                Enjin-enjin YPVS Yamaha, Yamaha Power Valve System: jurutera Yamaha menyedari itu dengan meminda ketinggian port ekzos mereka boleh dengan berkesan mengubah penyampaian kuasa enjin dengan itu mempunyai kuasa optimum dan kilas merentasi keseluruhan putaran  julat, jadi  YPVS dilahirkan. valve adalah satu reka  berbentuk silinder terserempak dengan atas port ekzos, ia dipusingkan oleh enjin servo mengawal dari satu kotak kawalan mengambil maklumat dari CDI (dan lokasi lain). valve ialah satu benda berbentuk ovul.  ketinggian dan saiz port ekzos pada kelajuan enjin berbeza pada perubahan ini, memaksimumkan kuasa  sedia-ada sama sekali meligatkan julat. Ia telah dipasang bagi kesemua model RZ /  RD motosikal (125, 250 350 dan 500 cc),  TZR, serta kebanyakan daripada YZ siri motosikal motocross. YPVS hanya dijumpai pada sistem penyejukkan cecair bukan penyejukan udara  . Yamaha turut menggunakan versi pasung dalam beberapa model-model yang kemudian mereka seperti model TZR250R SPR. Yamaha DT125R
3.HONDA-ATAC, ( Automatic Torque Amplification Chamber )
                              Sistem ATAC: Honda Automatic Torque Amplification Chamber sistem bekerja dengan dengan metambah atau menurun jumlah sistem ekzos dengan satu butterfly valve kecil terletak sebelum sambungan ekzos. Pada RPM rendah gear terpacu syaf emparan buka injap ke dalam satu chamber kecil dan meningkat kan jumlah ekzos dengan membenarkan gas ekzos untuk mengalir melalui chamber. Pada RPM tinggi injap ATAC ditutup dan hanya keluar ke dalam kebuk pengembangan. Satu kebuk pengembangan lebih besar membenarkan lebih banyak kuasa pada lebih rendah RPM disebabkan oleh masa tambahan diperlukan untuk impuls  "melantun" kembali untuk kesan pengecas lampau. Ia telah digunakan pada  motocross CR, motosikal GP dan MVX, motosikal jalanan adalah NS dan RAIDER.
                 -V-TACS - ( Variable Torque Amplification Chamber System )
                   V-TACS ialah sistem injap kuasa kendali kaki yang diperbuat oleh Honda pada beberapa motosika 2stoke cc kecil seperti HONDA FC50                -RC VALVE ( Remote Control valve )
                 Injap Honda Remote Control direka bentuk dan kerja-kerja pada prinsip seperti "Sistem AETC." Sebuah komputer kecil mengawasi enjin RPM dan buka dan tutup valve ekzos 2 bilah dikawal oleh satu servo elektrik. Honda melengkapkan banyak motosikal 2stroke seperti NSR150 and NSR250 dengan RC Kuasa valve plants.bagaimana pun ini merupakan satu peranti elektrik dan bukan untuk sepanjang masa.

4.KAWASAKI- KIPS ( Kawasaki Integrated Powervalve System )
                       Kawasaki menggunakan sistem powervalve memanggil KIPS (Kawasaki Integrated Powervalve System) pada motosikal-motosikal 2stroke mereka. KIPS menggunakan kedua-dua di port perubahan ketinggian, penutupan salur pelabuhan sekunder , dan satu chamber bergema. KIPS di kendalikan oleh satu sistem mekanikal


KENAPA VALVE 2STROKE DICIPTA
sistem  2stroke ini amat berbeza dari sistem 4stroke disebabkan enjin 2stroke hanya berpandukan crankshaf, rod dan piston dengan demikian motosikal enjin 2stroke mudah dibina .kerana hanya terdapat satu pembakaran dalam enjin 2stroke dan, piston akan merosot bila-bila masa. dengan itu ia boleh mengeluarkan kuasa yang sangat besar didalam rekaan yang lebih ringkas dari 4stroke.
  namun untuk enjin 2stroke ia  kurang menjimatkan dalam penggunaan bahan api , pada dasarnya kuasa setiap stroke dipindahkan kepada port yang menyalurkan bahan bakar ( petrol ) terbuka pada masa yang sama ke port exzos. ini menyebabkan jumlah signifikan bagi bahan bakar ( petrol ) terus melalui enjin tanpa mengira pengeluaran tenaga.
   oleh itu sistem-sistem exzos direka dengan betul supaya dapat membantu penjimatan bahan bakar (petrol )
tetapi ia masih lagi kekurangan kerana ia masih kurang penjimatan penggunaan bahan bakar ( petrol )
dengan itu valve dicipta untuk 2stroke.....
   bagi motor yang menyertai perlumbaan 2stroke zaman dahulu valve tidak amat penting kerana mereka dalam perlumbaan hanya membawa pada kelajuan yang tinggi. tetapi ia tidak sesuai untuk penggunaan atas jalan raya kerana di atas jalan raya penunggang motosikal tidak semestinya bergantung pada RPM yang tinggi oleh itu ia dicipta oleh pengeluar motosikal di dunia.....



sekian terima kasih jika salah tolong betulkan
 

Monday, February 14, 2011

Pengenalan enjin 2 lenjang ( stroke )

Salam dan apa khabar semua
  hari ni aku nak cerita sikit pasal enjin 2stroke sebab ramai pon tak tahu pasal enjin 2stroke ni 
sebab ada kata 2stroke susah nak jaga dari 4stroke dah kuat makan minyak itu semua bagi aku mitos jee kalau pandai setting jimat laa jugak minyak kalau tak pandai lebih kuat daripada kereta pon boleh...
  ok ye enjin 2stroke ni pengendalian amat berbeza sangat dengan 4stroke ia terbahagi kepada empat
disekalikan dari pada enjin 4stroke kepada 2stroke 
1.masukan
2.mampatan
3.kuasa
4.exzos

bawah ni aku selit kan gambar yang aku selalu jadikan rujukan

Ia dilakukan dengan menggunakan bahagian permulaan lejang mampatan bagi melaksana kan fungsi lejang masukan dan ekzos secara serentak. Dengan ini, enjin dua lejang menghasilkan kuasa spesifik yang lebih tinggi, menjadikannya sesuai bagi kerja-kerja ringan dan mudah alih seperti gergaji rantai sehinggalah kepada penggunaan berskala besar seperti lokomotif kereta api.

enjin 2stroke ini pula memerlukan minyak pelincir khas yang dikenali sebagai 2T, kerana minyak  2T
adalah minyak pelincir khas yang boleh terbakar, disebabkan operasi kitar dua lejang turut melibatkan ruangan dalam kotak engkol, tidak seperti kotak engkol enjin empat lejang yang terasing sepenuhnya daripada kebuk pembakaran, tetapi oleh kerana pembakaran minyak 2T ini berlaku ia menyebabkan pencemaran alam dengan itu pelbagai teknologi telah dibangunkan supaya pembakaran minyak 2T dapat mengurang kan pencemaran..


gambar minyak 2T yang ada di malaysia untuk yang tak tahu (sekadar hiasan)

2T shell
2T petronas
tetap setiap mesin yang mengunakan 2stroke atau pun 4stroke mesti ada kebaikan dan kelemahan
antara kebaikan mesin 2stroke adalah
enjinnya ringkas kos nak baik pulih murah berbanding 4stroke dan enjin 2stroke menghasil kan kuasa 2 kali ganda dari enjin 4stroke contoh HONDA CBR 150 4stroke hanya menghasil kan kuasa sebanyak 18.98 bhp tetapi motosikal HONDA NSR 150 menghasil kan kuasa sebanyak 38bnp walaupun cc nya sama tetapi 2stroke lebih mengeluarkan kuasa..
  tetapi sebaliknya walaupun ia berkuasa penggunaan enjin dua lejang semakin berkurangan disebabkan keluaran gas ekzos enjin dua lejang yang kurang mesra alam berbanding enjin empat lejang. Faktor-faktor utama yang menyebabkan penghasilan gas-gas ekzos yang mencemar udara oleh enjin dua lejang ialah pembakaran minyak 2T serta proses ekzos yang menyebabkan sebahagian campuran udara-bahan api-pelincir yang tak terbakar turut disingkir kan, mengurang kan kecekapan enjin.

antara langkah-langkah penjagaan 2stroke supaya kecekapannya tidak berkurangan seperti berikut

Injap kuasa dua lejang - Injap kuasa melaras saiz bukaan liang ekzos bagi kuasa yang optimum serta meningkat kan kecekapan enjin. Pada putaran enjin rendah, injap kuasa mengecilkan bukaan Liang ekzos bagi mengelakkan pembaziran bahan api dan pelincir serta meningkatkan kilasan peringkat bawahan. Pada putaran enjin tinggi pula, injap kuasa membesarkan bukaan liang ekzos untuk penyingkiran gas ekzos yang lebih lawas, meningkat kan kuasa enjin. 
Kebuk pengembangan - Kebuk pengembangan adalah ruangan pada paip ekzos enjin 2 lejang yang membonjol. Fungsinya adalah untuk meningkat kan kecekapan enjin melalui balikan gelombang tekanan gas ekzos. 
Suntikan terus - Di dalam sesetengah enjin petrol dua lejang, minyak petrol disuntik secara terus ke dalam kebuk pembakaran manakala minyak enjin 2stroke disuntuk secara terus ke bahagian bergerak di dalam enjin seperti galas aci engkol. Melalui suntikan terus, penghasilan gas ekzos tercemar disebabkan pembakaran minyak enjin dua lejang dapat dikurangkan. 
Penukaran bermangkin - Penukar bermangkin dipasang bagi mengurang kan penghasilan gas-gas toksik yang mencemarkan udara di dalam gas ekzos.

SEKIAN TERIMA KASIH JIKA ADA SALAH SILA BETULKAN