Wednesday, March 23, 2011

Antara Honda CBR 250r dan Kawasaki ZX250 R.........MANA SATU PILIHAN KU

Baiklah hari ini aku nak menceritakan sedikit apa akan aku pilih di antara dua jenis motor ini...
 kerana ada antara rakan-rakan bertanya mana aku akan pilih kalau diberi peluang. sebenarnya mereka
yang nak beli, tetapi mereka serba salah memilihnya kerana ia mempunyai cici-ciri yang berbeza antara satu sama, dan ragu-ragu untuk memilihnya kerana CBR250R single PISTON manakala ZX250R 2inline....

bawah ini gambar motosikal tersebut.......

HONDA CBR250R
KAWASAKI ZX250R

Bagi aku kedua-dua ini cantik tapi dua-dua ini bukan lah ciri aku minati kerana bentuk dan gaya adalah
TOURING BIKE tidak seperti dulu, tetapi ia sesuai untuk digunakan kerana tidak perlu membongkok seperti superbike jadi tak lenguh/sakit pinggang
  dibawah gambar CBR250 dan KAWASAKI ZX250 yang posisi lebih menarik keluaran dahulu

HONDA CBR250

KAWASAKI ZXR250
Kembali mana satu aku akan pilih...
 jika diikutkan hati aku memang peminat Honda tetapi bagi pada situasi lain pula dari segi penjagaan aku
akan pilih kawasaki ini di Malaysia kerana Kawasaki di Malaysia ini lebih kedepan berbanding Honda di Malaysia dari pekara seperti sparepart dan pekara-pekara lain, jika dilihat kenapa aku memilih Kawasaki ZX250R dari CBR250R ini kerana Kawasaki telah mengeluarkan pelbagai model 250 yang masuk di Malaysia dan di antaranya enjin nya sama dengan model ZX250R antaranya
1-Kawasaki ZZR250
2-Kawasaki ELIMINATOR 250
jadi nampaknya tiada masalah hendak difikirkan sparepart motosikal tersebut kerana ia boleh dikacukkan
     Tidak seperti Honda tiada model yang hampir sama dengan model CBR250R..........walau bagaimana
pun ciri-ciri terbaru CBR250R amat menarik dan ini juga bagi menarik ramai lagi pesaing mengeluarkan
enjin single selinder ( jenis enjin yang akan digunakan dalam moto 1 motogp bagi mengantikan ketegori 125cc) tetapi masa panjang mungkin aku berani pakai cuma waktu terdekat kena lah fikir sebaik-baiknya kerana harga motor jika hanya ratus ringgit boleh beli, ini puluh ribu....
  Jadi kepada rakan-rakan aku yang nak ambil motosikal ini tepuk dada tanya selera kemudian tengok poket
tiada duit nak beli apa kan..... dan lagi satu pekara yang penting membeli motosikal bukan semata-mata untuk kelajuan ia juga tanggung jawab untuk menjaganya..........sekian ini sajalah pendapat aku

1 comment:

  1. i would go for the CBR250RR any time. unlike the zxr250, the cbr250 doesnt have a valve that breaks like a pencil.

    ReplyDelete