Thursday, December 16, 2010

Motosikal 2 stoke terakhir 150cc MALAYSIA ( HONDA NSR, YAMAHA TZM DAN KAWASAKI KIPS )

Dalam bulan 12 ni baru ada mase nak update blog tapi xtahu nak tulis ape
tiba-tiba jee dapat idea nak tulis pasal moto 2stroke terakhir Malaysia ketegori 150cc 
antaranya Honda NSR , Yamaha TZM dan Kawasaki KIPS.

Dalam senarai tiga jenama tersebut masing-masing ada kelebihan dan kekurangan 
mari kita tengok spec motor tersebut

1. Honda NSR 150RR
   p/s ( motor ni ada lagi keluaran seterusnya tapi xmasuk malaysia sebab pe tak tahu moto tu adalah NSR 150SP klu ada dlm malaysia ni pon bukan ori kebanyakan dah convert)





Model : NSR 150 RR
Engine type : single cylinder, two stroke
Engine size : 149cc
Bore x stroke : 59 x 54.5
Compression : 6.8 : 1
Horsepower : 37ps at 10,000 rpm
Torque : 2.74 kg-m at 9,000 rpm
Gearbox : 6 speed return
Ignition : Electronic CDI unit
Length : 1,970 mm
Width : 685 mm
Height : 1,060 mm
Wheelbase : 1,355 mm
Weight : 120.9 kg
Tire size : (F) 90/80-17, (R) 110/80-18


nsr memang leh tahan power dia tp kekurangan dia adalah di bahagian rim belakang sebab 18" dan penjagaan bateri adalah paling penting bg penguna Honda NSR150RR lagi satu part moto ni ketegori mahal  


2.Kawasaki KIPS 150rr
 motor ini adalah yang paling baru 150cc 2stroke dan mungkin ini lah yang terakhir 2stroke yang keluar dimuka bumi Malaysia




  


Type of Machine : 2 Step, Crankcase Reed Valve, kips, RIS
Displacement : 148 cc
Max power : 22.1 KW (30 PS) @ 10.500 rpm
Max torque : 9,000 rpm
Bore x Stroke : 59.0 x 54.4 mm
Compression Ratio : 7.2:1
Karburator : Mikuni VM 28
Starter System : Kick Starter
Transmission : 6-Speed constant mesh, return shift
Operating : N-1-2-3-4-5-6
Type Reduksi : Primary Gear
Final Drive : Chain Drive
Ratio reduction : 2785 (39/14)
Drive Ratio 7.7836 @ Top Gear
CDI : Ignition system
Burning Oil : Injection System
Cooling system : Water cooling system / radiator
Oli Machine Capacity : 1.2 liters
Lubricant Transmission : 0.87 liters
Tank Capacity : 11.5 liters
Plug : NGK B 9 ECS

Dimension

Length x width x height : 1.965 x 1.075 x 725 mm
Distance wheel axis : 1.300 mm
Proximity to Land : 131 mm
High seat : 780 mm
Weight : 124.5 kg
Frame Type : Double Cradle Frame
Suspension : Front Telescopic
Suspension : Rear Monoshock
Front : Twin Pot brake disk
Rear brake : Twin pot disc
Front tire : 90/90 - 17 "49s
Rear tire : 110/80 - 17 "57s
Cast Aluminum Wheel : Rim Wheel Aloy

motor ni baru memang power kira barang baru memang sedap
yang tak best moto ni sparepart mahal biasalah kawasaki barang ori dan
pernah gak dengar material besi untuk part enjen kips ini tidak setahan kips yg lebih tua dari nya




3.Yamaha TZM 150






spark plug : br9es
clutch type: wet multiple disc
transmission:
 primary reduction system: holical gear
 primary reduction rayio : 51/18 ( 2.833 )
 secondary reduction system : chain drive
 secondary reduction ratio : 49/16 ( 3.063 )
  transmission type : constan mesh 6-speed
 operation : left loot opeation
 gear ratio :  31/17 ( 2.883 )
                   29/16 ( 1.813 )
                   26/19 ( 1.368 )
                   24/21 ( 1.143 )
                   23/23 ( 1.000 )
                   21/24 ( 0.575 )

chassis:
frame type: double cradle
caster angle : 25.0*
trail: 86mm

tyre:
type: tubeless
size: front: 90/80/17
       rear: 110/80/17
manufacturer: front: I.R.C
                     rear : I.R.C
type: front: nf42
        rear : nr48


Yamaha TZM 150 dikenali sebagai highway star cuma TZM ni masalah pada power valve yg suka bocor apabila motor kerap dibawa laju sparepart tidak perlu dirisaukan kerana banyak yang local cuma nasib lah pakai kejap atau lama dan TZM ini ramai mengelarkannya moto manja dan sesiapa memakainya sayangi lah block anda sebab block TZM tidak boleh di rebore kalau apa-apa jadi slevee je ubatnya

16 comments:

  1. assalam...
    betul tu TZM ni manja, klau kat highway bunyi ekzos dia mmg sedap, tetapi base pd pengalaman lalu, tidak ramai yg berani memfollow nsr rr pd kelajuan maintain 160KM/jam lama2, tetapi kips dan superkips adalah juga yg berani memfollow lama2. ini base pada pengalaman lalu ketika sering ulang alik dari johor ke perak.
    maaf jika penunggang2 lain terasa...
    walaupun saling tidak mengenal antara satu sama lain, bila sesiapa nak exit tetap akan angkat tangan dan bunyikan hon tanda persahabatan. maklum lah jauh tu johor~ perak, mengantuk dan sakit bontot menunggang lama2.

    ReplyDelete
  2. yer betul2, aku sokong NSR leh maintain 160km/jam. nsr terbaik laa.. aku penah test main ngan tzm atas highway.. peerrhh.. selamat tinggal laaa tzm. tapi bukan maksud aku tzm tak bagus, cuma NSR mampu bertahan .. lagi enjin nya panas makin sedap bawa. my NSR BEX135 ..

    ReplyDelete
  3. salam,
    pada bro2 di atas tu mungkin tzm yg korang folo tu taknak tunjuk belang je ataupun enjin tak berapa sihat,

    aku pemilik tzm dari tahun 2001 sampai sekarang masih lagi guna,aku dulu kerap kali jln jauh,aku pernah mentain 170kmj non stop dari k.l ke penang,xda hal lansung,

    jgn hanya baca spec problem je,banyak lagi kena ambik kira, kalau korang kaji antara kedua moto,spec dari segi kestabilan selekoh,berat body,casis,rims secara purata total masih memihak pada tzm,

    moto ni ibarat dua alam,layan selekoh sedap hiway apatah lagi,kalau tak masakan dapat nama hiway star...tapi moto apa sekalipun yg penting adalah penjagaan yg baik..

    ReplyDelete
  4. Bro..klu bgi sy mana2 moto 150....baik TZM kh, NSR kh atau KiP's kh masing2 mempunyai kelebihan dn kekurangan..tpi rata2 peminat moto 150 memilih NSR yg trbaik...Sy pemilik TZM dn ada kwn2 kata yg TZM ni moto manja..sebenarnya korng lupa TZM sebenarnya moto yg garang dn gah d Jalanraya lebih2 lgi apabila mengambil SELEKOH TAJAM...sy dah perna cuba try bwa NSR dn KIPs d Selekoh tajam dlm kelajuan tinggi tpi yg sedih nya kedua2 moto tu tak berapa mantap ketika dlm selekoh..korang nak tau knapa..krna kedua2 moto tu NSR dn Kips tidk memiliki rangka badan spt TZM..TZM memiliki rangka bdan DELTA BOX..rngka moto yg solid dn raider spt memeluk tzm ketika d selekoh rendah bhg tngah moto merendahkan lgi graviti dan d selekoh tzm tidk goyang korang tekan je klu dlm selekoh pasti tzm tak megecewakan korang...d tambah rim front/rear saiz 17 menambahkan lgi kestabilan tzm dlm selekoh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheh....yeah betul..kedudukan angle tzm ni lebih racing dari nsr walau x seracing cagiva mito tapi..boleh la :P

      Delete
    2. wau///////........syioknya tzm main selekoh memang mantap dan stabil..........sya setuju

      Delete
  5. nsr memang canggih dgn sistem pembakaran Active Radical Combustion, makin panas makin laju, suhu pembakaran lebih rendah pada high rpm berbanding jentera lain....mungkin ramai rider nsr x setuju kalau dikatakan motor nsr satu2nya dalam 3 jentera yg di paparkan kat atas ni yg TIADA POWER VALVE....dah tu, yg lidah besi bergerak2 kat exhaust port tu apa? itu bkn pv, tu RC valve, utk pastikan haba asap dikembalikan ke dalam blok utk bantu pembakaran pada high rpm....
    kips/superkips ada pv, gah dgn helmholtz resonator utk tinggikan tork pada low rpm, tzm dgn pv batang bulat utk control ketinggian exhaust port....
    apa2pun, masing2 ada kelebihan/kekurangan, x payah nak kata mana2 motor x bagus....dah nak pupus motor 2stroke pun xkan x bole bersatu kot....

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh itu pasal la salah 1 sbb nsr lagi jimat minyak drpd tzm ye...psal function RC valve tu.

      Delete
  6. ninja 150 rr paling payah di banding rival 150cc 2tak lain

    http://ikyrizki.student.ipb.ac.id/

    ReplyDelete
  7. Aku rasa korang telah banding dgn NSR dgn TZM yg kebanyakkan yg dah uzur kot maksudnya TZM tue tidak direfurbish sebaik pemilik NSR. Aku berada dlm era 90an dimana motor2 ini masih panas di jalanan. Tak pernah pulak aku dengar NSR atau KIPS boleh makan TZM head to head. Maksud aku kalau TZM, NSR dan KIPS masih ada production baru seperti dulu baru vs baru aku tak rasa NSR boleh makan TZM. Aku pernah merasai bertapa kencangnya TZM pergi dan lihat beberapa member test power moto2 mereka berlainan jenama termasuklah AP125. Aku tak pernah tengok moto lain 150cc yang ada power valve sekuat TZM. Top speed lebih kurang sama tapi masalahnya TZM yang berada didepan dulu so boleh cucuk jerr paling kuat, tak bole nak potong. Yang boleh kalahkan TZM sebenarnya cuma NSR versi Thailand iaitu NSR SP tetapi tidak terdapat dalam pasaran Malaysia. Aku bukan peminat Yamaha aku peminat Suzy kay... Aku beritahu apa yg pernah aku lihat pada era tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wau........... sya berasa sangat gembira sekali kerana sya masih memiliki tzm. Smua pemilik TZM mesti pandai repair PV sama sekali kerana manja sangat. Nak bagi kedai motor repair boleh, tapi duit lebih lah kena bagi dan tambah masa pula kalau ada yg busy

      Delete
    2. aku pemilik nsr rrw... keluaran selepas sp... mmg pikup mantop...

      Delete
  8. saya pemilik jentera TZM150 cc. bagi saya, TZM adalah motosikal paling versatile dalam kelasnya. nak buat rupa superbike boleh, nak buat street fighter boleh, nak buat cafe racer boleh. setiap bahagian TZM boleh di'upgrade' mengikut citarasa penunggangnya. saya sendiri memasang USD fork untuk TZM saya supaya lebih stabil semasa kelajuan tinggi serta cornering. begitu juga enjinnya. meskipun agak manja, tapi spare part untuk enjin TZM ni sangat banyak dan sangat mesra modifikasi. cakap saja nak modifikasi untuk sprint test, trek atau kegunaan harian, semua boleh. harga pun boleh dikira berpatutan. Kawan-kawan saya ramai juga yang pakai NSR dan KIPS. memang diakui enjin kedua-dua jentera tersebut lebih tahan daripada TZM dan kurang penyelenggaraan, tapi sekali rosak, pasti motor akan tersadai dalam jangkamasa yang lama kerana kesukaran mendapatkan alat ganti, dan kalau ada spare part pun pasti harganya sangat-sangat mahal. Sekian.

    ReplyDelete
  9. aku ni pemilik rxz...apa2 pun rxz lagi best...kikikiki

    ReplyDelete
  10. Tzm the best.......for sure......

    ReplyDelete
  11. logiknya...the best in tearm of? handling? top speed? ketahanan?

    ReplyDelete