Saturday, February 26, 2011

CARA MEMBELI MOTOSIKAL........cara aku

Sekarang harga minyak dah naik ramai orang tukar gaya hidup antaranya dulu paai kereta pergi kerja
  sekarang pergi kerja naik motor,
tetapi ramai yang masih lagi keliru cara memilih motor di malaysia ini ada pilih motor kene la cantik baru market ada pulak moto kene la laju baru sampai cepat tempat kerja dan ada juga beli motor janji boleh sampai tempat kerja.
  jadi sekarang aku nak kasi tips sikit kepada sape yang nak beli motor tak kira ape tujuan

1.mula-mula fikir bajet anda motor apa yang hendak dibeli jangan duit ada rm3000 nak beli R1 atau CBR  
   1000 tu namanya tak ukur baju pada badan sendiri
2.apa tujuan anda beli motor nak tunjuk mewah atau kesenangan kalau ada duit boleh laa ambik yang mewah
   kalau xda duit mimpi laa dulu dan paling penting berdikari jangan mintak keluarga sahaja
3.jenama dan sparepart motosikal yang hendak dibeli, jika boleh beli lah jenama yang ada nama dipasaran
   dijamin kualiti lagi 1 yang beli motor second tengok model motor itu ada lagi atau tidak sparepart
4.no 4 ni aku khususkan kepada perempuan yang belajar atau bekerja mudah ramai perempuan
   suka  pakai skuter nak dingatkan skuter punya penjagaan lebih mahal sedikit dari motor cub lain
5.ni tak berapa penting tapi ramai suka laju kan jadi fikirkanlah laju-laju nak kemana? lumba haram dapat
   duit tapi kalau kemalagan cacat cam mana tak guna hidup mati lagi bagus menyusahkan orang
6.beli moto yang kurang panas untuk dicuri dan jika dah beli juga fikirkan tentang alat-alat keselamatan moto
7.jika memilih kenderaan secondhand bawalah orang yang berpegalaman supaya tidak tertipu

sekian terima kasih pilihan ditangan anda fikirlah kerana kita diberi akal bukan akal diberi untuk semata-mata hidup sahaja

Wednesday, February 23, 2011

exzos after market nsr 150.........

baiklah hari ni aku nak kongsi sikit pasal exzos after market yang pernah aku nampak
  dipakai pada HONDA NSR 150 di malaysia yang rare pon ada pernah nampak tp gambar tak de tapi aku cari juga.......
1 AHM-bagi aku bunyi ok tapi bising leh tahan laa gak kekurangan silencer kena rebet lebih sikit sebab senang tercabut harga dalam rm350 ke atas



 2,YY PANG-bunyi ok tak sebising AHM sedap dipakai harga dalam rm380 ke atas

3.TYGA-ketegori paling top  dah susah nak dapat pernah aku tgk sekali jee dulu harga pon keras biasa laa barang tak masuk malaysia kalau nak order internet jee
full set tu meleleh klu dapat
4.endurance-exzos ni top kat thailand no 1 tuned klu jumpa bagi la tahu sebab setahu aku dah tak keluar

sebenarnya banyak lagi jenama exzos yang ada utk HONDA NSR 150 tetapi dekat malaysia susah nak ada dah. tetapi nak senang pakai exzos standart buang sarang ( silencer ) dalam tu lepas tu sumbat jee tabung exzos ikut selera tapi jangan masuk 4stroke punya. paling penting setting kena cun jika tidak habis lah moto anda jangan jadi cam aku sejam tukar exzos lepas tu rembat dan jem jika ada exzos ditempat anda pelik untuk NSR 150 boleh la roger aku

Sunday, February 20, 2011

RIDE MALAM SENAWANG N9 NSR,KIPS,TZM

pada hari jumaat lepas ada buat ride sekadar minum teh saja di senawang ni ade sedikit gambar

maaf yee kamera nset murah tak cantik

bawah ni gambar mase sampai di tol senawang tunggu team N9




mase dekat kedai untuk minum



ada gambar lain nanti aku up

Thursday, February 17, 2011

Sistem power valve motorsikal 2stroke

Hari ini aku nak menaip tentang sistem valve dalam motosikal 2stroke terutama motosikal cc lebih dari
  150 ke atas,valve ini mempunyai banyak nama bagi setiap produk motosikal yang dikeluarkan oleh syarikat
motosikal antaranya.

1.SUZUKI-AETC and Super AETC, ( Automatic Exhaust Timing Control )
                   Enjin AETC dan Super AETC Suzuki, Automatic Exhaust Timing Control: Dua bilah versi ialah dipasang kepada VJ21 RGV250 , dan tiga bilah versi, bagi VJ22 RGV250 dan Suzuki RG150.Dengan sistem AETC, sistem valve  biasanya sebahagiannya menutup pada RPM rendah; bila menutup, ia membolehkan enjin untuk membuat lebih banyak kuasa. bagi satu titik naik tertentu , bagaimana pun, kuasa merosot sebagai enjin tidak mampu mengeluarkan gas-gas cukup daripada ekzos. Bila valve kuasa dibuka, ia membenarkan lebih banyak gas-gas untuk mengalir daripada pangkalan ekzos. Sistem ini dapat dikenal pasti oleh sebuah kotak kecil di atas outlet ekzos; power valve terletak dalam kotak ini. Bergantung pada injap, mereka boleh dibuat dua (versi lebih lama) atau tiga (versi lebih baru) mata pisau berasingan.
2.YAMAHA-YPVS , ( Yamaha Power Valve System )
                                Enjin-enjin YPVS Yamaha, Yamaha Power Valve System: jurutera Yamaha menyedari itu dengan meminda ketinggian port ekzos mereka boleh dengan berkesan mengubah penyampaian kuasa enjin dengan itu mempunyai kuasa optimum dan kilas merentasi keseluruhan putaran  julat, jadi  YPVS dilahirkan. valve adalah satu reka  berbentuk silinder terserempak dengan atas port ekzos, ia dipusingkan oleh enjin servo mengawal dari satu kotak kawalan mengambil maklumat dari CDI (dan lokasi lain). valve ialah satu benda berbentuk ovul.  ketinggian dan saiz port ekzos pada kelajuan enjin berbeza pada perubahan ini, memaksimumkan kuasa  sedia-ada sama sekali meligatkan julat. Ia telah dipasang bagi kesemua model RZ /  RD motosikal (125, 250 350 dan 500 cc),  TZR, serta kebanyakan daripada YZ siri motosikal motocross. YPVS hanya dijumpai pada sistem penyejukkan cecair bukan penyejukan udara  . Yamaha turut menggunakan versi pasung dalam beberapa model-model yang kemudian mereka seperti model TZR250R SPR. Yamaha DT125R
3.HONDA-ATAC, ( Automatic Torque Amplification Chamber )
                              Sistem ATAC: Honda Automatic Torque Amplification Chamber sistem bekerja dengan dengan metambah atau menurun jumlah sistem ekzos dengan satu butterfly valve kecil terletak sebelum sambungan ekzos. Pada RPM rendah gear terpacu syaf emparan buka injap ke dalam satu chamber kecil dan meningkat kan jumlah ekzos dengan membenarkan gas ekzos untuk mengalir melalui chamber. Pada RPM tinggi injap ATAC ditutup dan hanya keluar ke dalam kebuk pengembangan. Satu kebuk pengembangan lebih besar membenarkan lebih banyak kuasa pada lebih rendah RPM disebabkan oleh masa tambahan diperlukan untuk impuls  "melantun" kembali untuk kesan pengecas lampau. Ia telah digunakan pada  motocross CR, motosikal GP dan MVX, motosikal jalanan adalah NS dan RAIDER.
                 -V-TACS - ( Variable Torque Amplification Chamber System )
                   V-TACS ialah sistem injap kuasa kendali kaki yang diperbuat oleh Honda pada beberapa motosika 2stoke cc kecil seperti HONDA FC50                -RC VALVE ( Remote Control valve )
                 Injap Honda Remote Control direka bentuk dan kerja-kerja pada prinsip seperti "Sistem AETC." Sebuah komputer kecil mengawasi enjin RPM dan buka dan tutup valve ekzos 2 bilah dikawal oleh satu servo elektrik. Honda melengkapkan banyak motosikal 2stroke seperti NSR150 and NSR250 dengan RC Kuasa valve plants.bagaimana pun ini merupakan satu peranti elektrik dan bukan untuk sepanjang masa.

4.KAWASAKI- KIPS ( Kawasaki Integrated Powervalve System )
                       Kawasaki menggunakan sistem powervalve memanggil KIPS (Kawasaki Integrated Powervalve System) pada motosikal-motosikal 2stroke mereka. KIPS menggunakan kedua-dua di port perubahan ketinggian, penutupan salur pelabuhan sekunder , dan satu chamber bergema. KIPS di kendalikan oleh satu sistem mekanikal


KENAPA VALVE 2STROKE DICIPTA
sistem  2stroke ini amat berbeza dari sistem 4stroke disebabkan enjin 2stroke hanya berpandukan crankshaf, rod dan piston dengan demikian motosikal enjin 2stroke mudah dibina .kerana hanya terdapat satu pembakaran dalam enjin 2stroke dan, piston akan merosot bila-bila masa. dengan itu ia boleh mengeluarkan kuasa yang sangat besar didalam rekaan yang lebih ringkas dari 4stroke.
  namun untuk enjin 2stroke ia  kurang menjimatkan dalam penggunaan bahan api , pada dasarnya kuasa setiap stroke dipindahkan kepada port yang menyalurkan bahan bakar ( petrol ) terbuka pada masa yang sama ke port exzos. ini menyebabkan jumlah signifikan bagi bahan bakar ( petrol ) terus melalui enjin tanpa mengira pengeluaran tenaga.
   oleh itu sistem-sistem exzos direka dengan betul supaya dapat membantu penjimatan bahan bakar (petrol )
tetapi ia masih lagi kekurangan kerana ia masih kurang penjimatan penggunaan bahan bakar ( petrol )
dengan itu valve dicipta untuk 2stroke.....
   bagi motor yang menyertai perlumbaan 2stroke zaman dahulu valve tidak amat penting kerana mereka dalam perlumbaan hanya membawa pada kelajuan yang tinggi. tetapi ia tidak sesuai untuk penggunaan atas jalan raya kerana di atas jalan raya penunggang motosikal tidak semestinya bergantung pada RPM yang tinggi oleh itu ia dicipta oleh pengeluar motosikal di dunia.....



sekian terima kasih jika salah tolong betulkan
 

Monday, February 14, 2011

Pengenalan enjin 2 lenjang ( stroke )

Salam dan apa khabar semua
  hari ni aku nak cerita sikit pasal enjin 2stroke sebab ramai pon tak tahu pasal enjin 2stroke ni 
sebab ada kata 2stroke susah nak jaga dari 4stroke dah kuat makan minyak itu semua bagi aku mitos jee kalau pandai setting jimat laa jugak minyak kalau tak pandai lebih kuat daripada kereta pon boleh...
  ok ye enjin 2stroke ni pengendalian amat berbeza sangat dengan 4stroke ia terbahagi kepada empat
disekalikan dari pada enjin 4stroke kepada 2stroke 
1.masukan
2.mampatan
3.kuasa
4.exzos

bawah ni aku selit kan gambar yang aku selalu jadikan rujukan

Ia dilakukan dengan menggunakan bahagian permulaan lejang mampatan bagi melaksana kan fungsi lejang masukan dan ekzos secara serentak. Dengan ini, enjin dua lejang menghasilkan kuasa spesifik yang lebih tinggi, menjadikannya sesuai bagi kerja-kerja ringan dan mudah alih seperti gergaji rantai sehinggalah kepada penggunaan berskala besar seperti lokomotif kereta api.

enjin 2stroke ini pula memerlukan minyak pelincir khas yang dikenali sebagai 2T, kerana minyak  2T
adalah minyak pelincir khas yang boleh terbakar, disebabkan operasi kitar dua lejang turut melibatkan ruangan dalam kotak engkol, tidak seperti kotak engkol enjin empat lejang yang terasing sepenuhnya daripada kebuk pembakaran, tetapi oleh kerana pembakaran minyak 2T ini berlaku ia menyebabkan pencemaran alam dengan itu pelbagai teknologi telah dibangunkan supaya pembakaran minyak 2T dapat mengurang kan pencemaran..


gambar minyak 2T yang ada di malaysia untuk yang tak tahu (sekadar hiasan)

2T shell
2T petronas
tetap setiap mesin yang mengunakan 2stroke atau pun 4stroke mesti ada kebaikan dan kelemahan
antara kebaikan mesin 2stroke adalah
enjinnya ringkas kos nak baik pulih murah berbanding 4stroke dan enjin 2stroke menghasil kan kuasa 2 kali ganda dari enjin 4stroke contoh HONDA CBR 150 4stroke hanya menghasil kan kuasa sebanyak 18.98 bhp tetapi motosikal HONDA NSR 150 menghasil kan kuasa sebanyak 38bnp walaupun cc nya sama tetapi 2stroke lebih mengeluarkan kuasa..
  tetapi sebaliknya walaupun ia berkuasa penggunaan enjin dua lejang semakin berkurangan disebabkan keluaran gas ekzos enjin dua lejang yang kurang mesra alam berbanding enjin empat lejang. Faktor-faktor utama yang menyebabkan penghasilan gas-gas ekzos yang mencemar udara oleh enjin dua lejang ialah pembakaran minyak 2T serta proses ekzos yang menyebabkan sebahagian campuran udara-bahan api-pelincir yang tak terbakar turut disingkir kan, mengurang kan kecekapan enjin.

antara langkah-langkah penjagaan 2stroke supaya kecekapannya tidak berkurangan seperti berikut

Injap kuasa dua lejang - Injap kuasa melaras saiz bukaan liang ekzos bagi kuasa yang optimum serta meningkat kan kecekapan enjin. Pada putaran enjin rendah, injap kuasa mengecilkan bukaan Liang ekzos bagi mengelakkan pembaziran bahan api dan pelincir serta meningkatkan kilasan peringkat bawahan. Pada putaran enjin tinggi pula, injap kuasa membesarkan bukaan liang ekzos untuk penyingkiran gas ekzos yang lebih lawas, meningkat kan kuasa enjin. 
Kebuk pengembangan - Kebuk pengembangan adalah ruangan pada paip ekzos enjin 2 lejang yang membonjol. Fungsinya adalah untuk meningkat kan kecekapan enjin melalui balikan gelombang tekanan gas ekzos. 
Suntikan terus - Di dalam sesetengah enjin petrol dua lejang, minyak petrol disuntik secara terus ke dalam kebuk pembakaran manakala minyak enjin 2stroke disuntuk secara terus ke bahagian bergerak di dalam enjin seperti galas aci engkol. Melalui suntikan terus, penghasilan gas ekzos tercemar disebabkan pembakaran minyak enjin dua lejang dapat dikurangkan. 
Penukaran bermangkin - Penukar bermangkin dipasang bagi mengurang kan penghasilan gas-gas toksik yang mencemarkan udara di dalam gas ekzos.

SEKIAN TERIMA KASIH JIKA ADA SALAH SILA BETULKAN



Friday, February 11, 2011

Aksesori yang boleh masuk kedalam HONDA NSR 150RR

Asalamualaikum dan salam sejahtera
  hari ini aku terfikir ape barang yang kita boleh campur kan ( rojak ) kedalam motosikal NSR 150 RR
walaupun NSR 150RR di malaysia ini masih ada tetapi nampak sudah berkurangan dari negara jiran sebelah-menyebelah dan mungkin mahal jadi aku nak kongsi apa yang aku tahu dan ada yang pernah dibuat
walaupun tak laju biar cantik di mata

1,Handel- NSR 150 ni dekat malaysia susah nak cari yang bentuk lebih sport jadi jika hendak merasa .
  handel  yang lain sikit aku syor kan handel jenama posh yang dipakai oleh motor YAMAHA RXZ tetapi
  nampak kepak sikit kerana fork RXZ kecil sikit darI NSR 150RR.( dan tak sesuai jalan dalan keseakan jalan raya sebab lenguh 
  tangan dari standard )


ni yang standard tapi rupa hampir sama
t

2,footrest-setakat footrest standart mungkin ramai dah jemu tapi jangan risau sebab banyak yang ada jenis
   untuk racing spec untuk  NSR sendiri dan ada jenama seperti
   yoshimura,racing boy dan lain2 tp mungkin dah kurang tetapi anda bleh pakai CBR 150R punya footrest
   kerana sama sahaja tapak dan jika ini pula pada yang kurang kemampuan buat extension dulu pakai
   yamaha TZM punya.
jenama racingboy kod (01-FRS01F-SL)

yoshimura untuk CBR dan boleh masuk NSR


3.SPORTRIM--ini yang terakhir aku nak bagi tahu sebab yang lain aku tak ingat. NSR 150RR bagi aku ada
   satu je masalah besar iaitu dekat sport rim kerana saiz belakangnya adalah saiz 18inci. ( nak pakai proarm atau pun 
    rim rrp xmampu mahal sangat ) jadi payah nak cari
   cari tayar yang sesuai di malaysia dengan itu modifikasi diperlukan antara rim pilihan aku adalah rim
   YAMAHA 125z cubprix RACINGBOY saiz depan 17-1.185 saiz standart depan NSR dan saiz 17-2.50
    lebar sedikit dari NSR iaitu 18-2.15. tetapi kos nak modifikasi ini besar belanjanya tapi ia amat
    menjimatkan bagi masa panjang kerana apabila sudah bertukar ke sport rim ini anda tidak perlu
   merisaukan berkenaan spoket  dan bush spoket kena selepas ini anda akan pakai spoket saiz 428 yang
   lebih murah dari spoket 520 asal NSR dah tidak risau berkenaan bush spoket akan hancur.antara pekara
 yang perlu ditukar adalah
1.rim
2.piring disk break depan belakang
3.bearing rim
4.batang sub belakang
5.rumah hub spoket
6.bush rim belakang dan ada sedikit pekara yang aku tak berapa reti nak terangkan

rim depan warna putih kod (01-SP811-WH)
rim belakang warna putih kod (01-SP811-WH)

rim depan warna hitam kod (01-SP811-BK)

rim belakang warna hitam kod  (01-SP811-BK)

 sekian ini sahaja ilmu yang dapat dikongsi jika ingin tambah bleh laa di emailkan................

Monday, February 7, 2011

Kesesuaian dan cara untuk memilih TAYAR Motosikal cara aku

Apa khabar semua.....
 hari ini aku ingin kongsi cara untuk memilih tayar dengan kesesuaian kegunaan kita walaupun aku ini masih
baru pakai motor rasanya tidak salah aku berkongsi pendapat dan idea. kerana ada antara sahabat dan rakan-rakan aku bertanya tayar apa sesuai untuk dipakai kepada motor mereka.
  pertama ingin aku katakan bahawa pekara penting dalam nak memilih tayar ini ialah apa cara yang kita gunakan
adakah kegunaan hari-hari ulang-alik pergi kerja atau hanya pada waktu lapang sahaja. jika kita mengunakan motor untuk ulang-alik kerja gunakan lah tayar yang boleh diketegorikan murah kerana tayar murah ini cepat botak dan keras tetapi kita harus berwaspada juga kerana tayar yang murah ini jaminan keselamatan kurang dari tayar yang mahal.
  bagi yang suka kan kelajuan anda kena tahu ke lebaran rim motosikal anda kerana ia untuk menyesuaikan saiz tayar yang ingin anda gunakan kerana tayar saiz lebih besar menyebabkan kenderaan lebih berat dan contoh; rim 2.15 tayar yang sesuai lebarnya adalah 90-110 sahaja 2.50 lebar yang sesuai 100-120 dan 2.50 lebar yang sesuai adalah dalam 120-130. ketinggian tayar juga memain peranan tetapi paling sesuai adalah dalam lingkungan 60-80 sahaja. dan tayar mahal amat penting ntuk kelajuan kerana ia lebih selamat sikit dari segi cengkaman.
  bagi memilih tayar anda kena tahu tarikh tayar itu dikeluarkan kerana tayar yang dikeluarkan disimpan dengan rapi boleh bertahan dalam masa 4 tahun tetapi jika ia tidak dijaga dengan elok dan terdedah dengan cahaya matahari tayar hanya mampu bertahan dalam masa 1 tahun sahaja. dan pada sesiapa yang memilih tayar secondhand pekara pertama anda hendak lah melihat tahun dikeluarkan kemudian bibir pada tayar tersebut dan periksa jika ada kebocoran itu amat penting dan kenal pasti tayar toreh atau tidak. tayar toreh boleh digunakan tetapi hanya sementara sahaja......... sekian terima kasih
dibawah rajah menunjukkan cara melihat jenis dan jangka hayat tayar tetapi di bawah
tayar kereta tetapi hampir sama sahaja dengan motosikal

TIRECODE

Wednesday, February 2, 2011

Jenis-jenis HONDA NSR 2stroke LAST PART 3 250cc

Sekarang nak mencatit berkenaan jenis-jenis Honda NSR LAST PART 3 250cc
model ni banyak jenis dan banyak kalau ada salah minta maaf ini pun cari dalam internet..

6.HONDA NSR 250R ( NC 16 )
MODEL tahun 1987
Honda NSR 250R

Honda NSR 250R

Make Model. Honda NSR 250R (NC16)
Year.1987
Engine. Liquid cooled, 90°V-twin cylinder, two stroke
Capacity. 249 Bore x Stroke 54 x 54.5 mm Compression Ratio 6.2 : 1
Induction. TA10A
Ignition  /  Starting. CDI   /  Kick
Max Power.  45 hp 32.8 kW @ 9500 rpm
Max Torque.35 Nm @ 8500 rpm
Transmission  /  Drive. 6 Speed  /  chain Gear ratio 1st: 2.642 / 2nd: 1.800 / 3rd: 1.380 / 4th: 1.125 /               5th: 1.000 / 6th: 0.916 Frame Aluminum tube type frame
Front Suspension.Telescopic air valve semi-adjustable
Rear Suspension. Rear: Pro-Link Single shock swingarm non-adjustable
Front Brakes. 2x discs  2 piston calipers
Rear Brakes. Single disc 1 piston caliper
Front Tyre. 100/80-17
Rear Tyre. 130/70-18 Seat Height 750 mm
Dry-Weight / Wet-Weight. 125 kg
Fuel Capacity. 16 Litres Review Type I  /  Type II Manual Technical

HONDA  NSR  250R/SP
MODEL TAHUN  1988 DAN 1989 juga dikenali sebagai model ( NC18 )
1988

Honda NSR 250R

SP VERSION 
Honda NSR 250R-SP Rothmans Rep
1989
Honda NSR 250R



Make Model. Honda NSR 250R (NC18)
Year. 1988-1989
Engine. Liquid cooled, 90°V-twin cylinder, two stroke, reed valve
Capacity. 249 Bore x Stroke 54 x 54.5 mm Compression Ratio 7.3 : 1
Induction .PGM II
Ignition  /  Starting. CDI  /  kick
Max Power  .45 hp 32.8 kW @ 9500 rpm
Max Torque. 35 Nm @ 8500 rpm
Transmission  /  Drive.6 Speed  /  chain Gear ratio 1st: 2.846  /  2nd: 1.941  /  3rd: 1.500  /  4th: 1.272  /  5th: 1.136  /  6th: 1.045 Frame Aluminum tube type frame
Front Suspension. Telescopic semi adjustable for preload only
Rear Suspension. Single shock swingarm non-adjustable
Front Brakes. 2x discs  2 piston caliper
Rear Brakes. Single disc 1 piston caliper
Front Tyre. 110/70-17
Rear Tyre. 150/60-18 Seat Height 770 mm
Dry-Weight / Wet-Weight. 127 kg  / 132 kg
Fuel Capacity. 16 Litres Review Type I  /  Type II Manual Technical

MODEL HONDA NSR 250R/SE/SP
TAHUN 1990,1991.1992 dan 1993 juga dikenali sebagai ( NC 21 )
1990

1991



 1992 


SE version
1991
1992-1993

SP VERSION
1989  
 1990-1992
Honda NSR 250SP Rothmans Rep
Make Model.Honda NSR 250 (NC21)
Year. 1990/93
Engine.  Liquid cooled, 90°V-twin cylinder, two stroke, reed valve
Capacity. 249 Bore x Stroke 54 x 54.5 mm Compression Ratio 7.3:1
Induction. TA20A
Ignition  /  Starting. CDI   /  kick
Max Power . 45 hp 32.8 kW @ 9500 rpm
Max Torque. 35 Nm @ 8500 rpm
Transmission  /  Drive. 6 Speed  /  chain Gear ratio 1st: 2.846  /  2nd: 2.000  /  3rd: 1.631  /  4th: 1.368  /  5th: 1.250  /  6th: 1.173 Frame Aluminum twin tube type frame
Front Suspension. Telescopic semi adjustable for preload only
Rear Suspension. Single shock swingarm non-adjustable
Front Brakes. 2x disc  2piston calipers
Rear Brakes. Single disc 1 piston caliper
Front Tyre. 110/70-17
Rear Tyre. 150/60-18 Seat Height 770 mm
Dry-Weight / Wet Weight. 134 kg  /  154 kg
Fuel Capacity. 16 Litres Review Type I  /  Type II Manual Technical


HONDA NSR 250SE/SP
Tahun 1994,1995 dan 1996 ia juga dikenali sebagai ( MC 28 )
MODEL SE
1994 & 1996 




SP VERSION
1994.1995 dan 1996
Honda NSR 250SP Rothmans Rep
Honda NSR 250R-SP
Honda NSR 250R-SP Repsol Rep

Make Model.
Honda NSR 250   (MC28)
Year. 1994/95/96
Engine.  Liquid cooled, 90°V-twin cylinder, two stroke, reed valve
Capacity. 249 Bore x Stroke 54 x 54.5 mm Compression Ratio 7.4:1
Induction. TB 10A
Ignition  /  Starting. CDI type
Max Power.  40hp @ 9000 rpm
Max Torque. 3.3 kg-m @ 8000 rpm
Transmission  /  Drive. 6 Speed   /  chain Gear ratio 1st: 2.846  /  2nd: 2.000  /  3rd: 1.578  /  4th: 1.300  /  5th: 1.130  /  6th: 1.100 Frame Aluminum twin tube type frame
Front Suspension. Telescopic cartridge valve adjustable type  preload and rebound
Rear Suspension. Single shock adjustable damper  Tension / compression  Pro Link PRO-ARM single sided swingarm
Front Brakes. 2x 274mm discs 4 piston calipers
Rear Brakes. Single 220mm disc
Front Tyre. 110/70-17
Rear Tyre. 150/60-17 Seat Hecht 770 mm
Dry-Weight / Wet-weight. 138 kg  /  157 kg
Fuel Capacity. 16 Litres Review Type I  /  Type II Manual Technical