Monday, February 14, 2011

Pengenalan enjin 2 lenjang ( stroke )

Salam dan apa khabar semua
  hari ni aku nak cerita sikit pasal enjin 2stroke sebab ramai pon tak tahu pasal enjin 2stroke ni 
sebab ada kata 2stroke susah nak jaga dari 4stroke dah kuat makan minyak itu semua bagi aku mitos jee kalau pandai setting jimat laa jugak minyak kalau tak pandai lebih kuat daripada kereta pon boleh...
  ok ye enjin 2stroke ni pengendalian amat berbeza sangat dengan 4stroke ia terbahagi kepada empat
disekalikan dari pada enjin 4stroke kepada 2stroke 
1.masukan
2.mampatan
3.kuasa
4.exzos

bawah ni aku selit kan gambar yang aku selalu jadikan rujukan

Ia dilakukan dengan menggunakan bahagian permulaan lejang mampatan bagi melaksana kan fungsi lejang masukan dan ekzos secara serentak. Dengan ini, enjin dua lejang menghasilkan kuasa spesifik yang lebih tinggi, menjadikannya sesuai bagi kerja-kerja ringan dan mudah alih seperti gergaji rantai sehinggalah kepada penggunaan berskala besar seperti lokomotif kereta api.

enjin 2stroke ini pula memerlukan minyak pelincir khas yang dikenali sebagai 2T, kerana minyak  2T
adalah minyak pelincir khas yang boleh terbakar, disebabkan operasi kitar dua lejang turut melibatkan ruangan dalam kotak engkol, tidak seperti kotak engkol enjin empat lejang yang terasing sepenuhnya daripada kebuk pembakaran, tetapi oleh kerana pembakaran minyak 2T ini berlaku ia menyebabkan pencemaran alam dengan itu pelbagai teknologi telah dibangunkan supaya pembakaran minyak 2T dapat mengurang kan pencemaran..


gambar minyak 2T yang ada di malaysia untuk yang tak tahu (sekadar hiasan)

2T shell
2T petronas
tetap setiap mesin yang mengunakan 2stroke atau pun 4stroke mesti ada kebaikan dan kelemahan
antara kebaikan mesin 2stroke adalah
enjinnya ringkas kos nak baik pulih murah berbanding 4stroke dan enjin 2stroke menghasil kan kuasa 2 kali ganda dari enjin 4stroke contoh HONDA CBR 150 4stroke hanya menghasil kan kuasa sebanyak 18.98 bhp tetapi motosikal HONDA NSR 150 menghasil kan kuasa sebanyak 38bnp walaupun cc nya sama tetapi 2stroke lebih mengeluarkan kuasa..
  tetapi sebaliknya walaupun ia berkuasa penggunaan enjin dua lejang semakin berkurangan disebabkan keluaran gas ekzos enjin dua lejang yang kurang mesra alam berbanding enjin empat lejang. Faktor-faktor utama yang menyebabkan penghasilan gas-gas ekzos yang mencemar udara oleh enjin dua lejang ialah pembakaran minyak 2T serta proses ekzos yang menyebabkan sebahagian campuran udara-bahan api-pelincir yang tak terbakar turut disingkir kan, mengurang kan kecekapan enjin.

antara langkah-langkah penjagaan 2stroke supaya kecekapannya tidak berkurangan seperti berikut

Injap kuasa dua lejang - Injap kuasa melaras saiz bukaan liang ekzos bagi kuasa yang optimum serta meningkat kan kecekapan enjin. Pada putaran enjin rendah, injap kuasa mengecilkan bukaan Liang ekzos bagi mengelakkan pembaziran bahan api dan pelincir serta meningkatkan kilasan peringkat bawahan. Pada putaran enjin tinggi pula, injap kuasa membesarkan bukaan liang ekzos untuk penyingkiran gas ekzos yang lebih lawas, meningkat kan kuasa enjin. 
Kebuk pengembangan - Kebuk pengembangan adalah ruangan pada paip ekzos enjin 2 lejang yang membonjol. Fungsinya adalah untuk meningkat kan kecekapan enjin melalui balikan gelombang tekanan gas ekzos. 
Suntikan terus - Di dalam sesetengah enjin petrol dua lejang, minyak petrol disuntik secara terus ke dalam kebuk pembakaran manakala minyak enjin 2stroke disuntuk secara terus ke bahagian bergerak di dalam enjin seperti galas aci engkol. Melalui suntikan terus, penghasilan gas ekzos tercemar disebabkan pembakaran minyak enjin dua lejang dapat dikurangkan. 
Penukaran bermangkin - Penukar bermangkin dipasang bagi mengurang kan penghasilan gas-gas toksik yang mencemarkan udara di dalam gas ekzos.

SEKIAN TERIMA KASIH JIKA ADA SALAH SILA BETULKAN



2 comments:

  1. oooo...baru tau..
    tu pasal la, kalau moto 2stroke standart ada
    fiber dlm ekzos...sebab nak tahan hasil pembakaran yg tak sempurna tu kan??...

    ReplyDelete
  2. betul tp fiber tu salah satu untuk kurangkan bising bunyi 2stroke

    ReplyDelete