Monday, February 7, 2011

Kesesuaian dan cara untuk memilih TAYAR Motosikal cara aku

Apa khabar semua.....
 hari ini aku ingin kongsi cara untuk memilih tayar dengan kesesuaian kegunaan kita walaupun aku ini masih
baru pakai motor rasanya tidak salah aku berkongsi pendapat dan idea. kerana ada antara sahabat dan rakan-rakan aku bertanya tayar apa sesuai untuk dipakai kepada motor mereka.
  pertama ingin aku katakan bahawa pekara penting dalam nak memilih tayar ini ialah apa cara yang kita gunakan
adakah kegunaan hari-hari ulang-alik pergi kerja atau hanya pada waktu lapang sahaja. jika kita mengunakan motor untuk ulang-alik kerja gunakan lah tayar yang boleh diketegorikan murah kerana tayar murah ini cepat botak dan keras tetapi kita harus berwaspada juga kerana tayar yang murah ini jaminan keselamatan kurang dari tayar yang mahal.
  bagi yang suka kan kelajuan anda kena tahu ke lebaran rim motosikal anda kerana ia untuk menyesuaikan saiz tayar yang ingin anda gunakan kerana tayar saiz lebih besar menyebabkan kenderaan lebih berat dan contoh; rim 2.15 tayar yang sesuai lebarnya adalah 90-110 sahaja 2.50 lebar yang sesuai 100-120 dan 2.50 lebar yang sesuai adalah dalam 120-130. ketinggian tayar juga memain peranan tetapi paling sesuai adalah dalam lingkungan 60-80 sahaja. dan tayar mahal amat penting ntuk kelajuan kerana ia lebih selamat sikit dari segi cengkaman.
  bagi memilih tayar anda kena tahu tarikh tayar itu dikeluarkan kerana tayar yang dikeluarkan disimpan dengan rapi boleh bertahan dalam masa 4 tahun tetapi jika ia tidak dijaga dengan elok dan terdedah dengan cahaya matahari tayar hanya mampu bertahan dalam masa 1 tahun sahaja. dan pada sesiapa yang memilih tayar secondhand pekara pertama anda hendak lah melihat tahun dikeluarkan kemudian bibir pada tayar tersebut dan periksa jika ada kebocoran itu amat penting dan kenal pasti tayar toreh atau tidak. tayar toreh boleh digunakan tetapi hanya sementara sahaja......... sekian terima kasih
dibawah rajah menunjukkan cara melihat jenis dan jangka hayat tayar tetapi di bawah
tayar kereta tetapi hampir sama sahaja dengan motosikal

TIRECODE

No comments:

Post a Comment