Monday, April 18, 2011

Wajah-Wajah pelumba NSR500 yang memenangi pelumbaan.................

Ada antara peminat Honda NSR hanya mengenali Mick Doohan dan Valentino Rossi
  sahaja sebagai pelumba yang pernah menunggang motosikal NSR500 dan memenangi kejuaraan keseluruhan tetapi sebenarnya ada pelumba lain yang mengunaakannya selain mereka berdua. mari kita kenali semua..........

1- Freddie Spencer-  mula mengunakan HONDA NSR500 pada tahun 1981 hingga tahun 1987 dan memenangi pertandingan keseluruhan hanya 2 kali pada tahun 1983 dan 1985 sahaja team HONDA HRC
susunan pasukan yang Freddie Spencer sertai
-- SPENCER YAMAHA ( 1980 )
-- HONDA HRC ( 1981-1984 )
-- ROTHMANS HONDA HRC ( 1985-1987 )
-- MARLBORO AGOSTINI YAMAHA ( 1989 )
-- YAMAHA OF FRANCE ( 1993 )
Wajah Freddie Spencer
Freddie Spencer beraksi
2-Eddie Lawson- menyertai sekali sahaja team Honda iaitu team KANEMOTO pada tahun 1989 dan memenangi pelumbaan keseluruhan di tempat pertama..
susunan pasukan yang disertai Eddie Lawson
-- MARLBORO AGOSTINI YAMAHA ( 1983-1988 )
-- ROTHMANS KANEMOTO HONDA ( 1989 )
-- MARLBORO ROBERT YAMAHA ( 1990 )
-- CAGIVA CORSE ( 1991-1992 )
Wajah Eddie Lowsan
Eddie Lowsan beraksi
3- Mick Doohan- pelumba yang memang memulakan dengan mengunakan HONDA NSR500 dari awal penglibatan hanya pasukan sahaja berlainan dan memenangi  5  kali kejuaraan dunia pada tahun 1994-1998
antara pasukan yang disertai
-- ROTHMANS HONDA ( 1989-1993 )
-- HRC HONDA ( 1994 )
-- REPSOL HONDA ( 1995-1999 )
Wajah Mick Doohan
M.Doohan NO 1
4 Alex Criville - pelumba ini bermula dari kuasa motosika yang kecil sebelum melangkah ke arena 500cc dan hanya memenagi sekali sahaja kejuaraan dunia pada 1999 bagi ketergori 500cc tetapi sebelum itu dia pernah memenangi kejuaraan dunia bagi 125cc dengan pasukan JJ COBAS
pasukan yang Alex Criville sertai
-- DERBI 80cc ( 1987 )
-- HUMMEL 80cc ( 1988 )
-- JJ COBAS 125cc ( 1989 )
-- MARLBORO YAMAHA 250cc ( 1990 )
-- JJ COBAS 250cc ( 1991 )
-- CAMPSA-PONS HONDA 500cc ( 1992 )
-- MARLBORO-PONS HONDA 500cc ( 1993 )
-- HRC HONDA 500cc ( 1994 )
-- REPSOL HONDA 500cc ( 1995-2001 )

Alex Criville
Alex Criville beraksi
5 Valentino Rossi - pelumba yang kekal sampaI sekarang tetap hanya direvealkan sehingga dia masuk ke dalam ketegori 500cc sebelum ia menjadi moto gp yang menggunakan sistem 4stroke dia hanya memenangi sekali juara keseluruhan pada tahun 2000 dan pada tahun 2001 dia mendapat tempat kedua keseluruhan
antara pasukan yang disetai sebelum motogp dikenalkan
-- SCUDERIA AGV APRILIA 125cc ( 1996 )
-- NASTRO AZURO APRILIA 125cc ( 1997 )
-- NASTRO AZURO APRILIA 250cc ( 1998 )
-- APRILIA GRAND PRIX RACING 250cc ( 1999 )
-- NASTRO AZURO HONDA 500cc ( 2000-2001 )

V.Rossi semasa memulakan carier 500cc
koner dari Rossi

Jenama dan jenis motosikal cupcai paling popular dimalaysia..........

Tengah ada masa ni ada plak idea untuk menaip
  hari ni aku nak menaip kan pasal cupcai yang banyak dan penjualannya amat laku.......

Malaysia sebuah negara yang mempunyai penunggang motosikal paling ramai selepas Merdeka
 dan ia adalah pengangkutan utama bagi yang ingin pergi bekerja dan pelbagai aktiviti lain tidak kira lelaki atau pun wanita di sini aku ingin list kan motosikal cupcai ( moped ) yang banyak digunakan di MALAYSIA
mengikut jenama dan paling banyak di jalan raya Malaysia.............

HONDA

Honda EX5 HP
Honda WAVE 100
Honda WAVE 125S

Modenas
KRISS 110
Modenas GT128
Modenas CT110
 suzuki
Suzuki Belang 150cc
Suzuki Smash V115
Suzuki Shogun 125
Yamaha
Yamaha LC135
Yamaha LAGENDA
Yamaha 125Z




setiap jenama motosikal aku tunjukkan aku hanya tunjukkan 3 sahaja cupcai yang aku rasakan amat banyak di Malaysia....

Thursday, April 14, 2011

SEJARAH LAGENDA MOTOGP 500 HONDA NSR MICK DOOHAN

  Mick Doohan Lagenda Motogp dalam ketegori 2stroke sebelum ketegori 4stroke diperkenal kan.
Mick Doohan sememangnya dikenali dengan Honda NSR500 dengan 5 kejuaraan dan amat diminati ramai sebelum Valentino Rossi yang bermula pada tahun 2000 menyertai motogp.
    Mick Doohan dilahirkan di Bisbane, Australia pada 4 Jun 1965 . Dohan memulakan karier sebagai
pelumba motosikal Australia superbikes pada awal tahun 80an dan pernah memenangi Superbike World Championship di Oran Park Narellan, New South Wales pada tahun 1988.
  Mick Doohan memulakan karier pertama dalam Motogp pada tahun 1989. mengunakan motosikal Honda NSR500 dan bergandingan bersama Wayne Gardner pada tahun 1991 mengunakan motosikal Honda RVF750 untuk pertandingan endurance race  suzuka  8 jam dan memenanginya.

HONDA RVF750 Wayne Gardner
  Doohan pada awal  tahun 90an  sudah mulanya menampakan  untuk memenangi  kejohanan pertama dunia bagi kelas motogp tetapi pada tahun 1992 tetapi Doohan telah telibat dalam kemalangan menyebabkan dia cedera parah semasa berlatih di litar TT Belanda. akibat kemalangan yang berlaku Doohan mengalami kecederaan yang teruk pada kaki kanannya dan mengalami komplikasi perubatan peringkat satu dan perlu berehat selama 8 minggu sebelum kembali beraksi walupun pada ketika itu dia sudah melebihi mata yang dikumpulkan dalam perlumbaan sebanyak 65 mata.  setelah kembali pulih dari kecederaan Mick Doohan kembali beraksi untuk dua pelumba terakhir tetapi tidak dapat mencabar kemampuan Wainey Rainey dari pasukan Yamaha yang memenangi 3 kali kejuaraan.

Wainey Rainey
   Bermula tahun 1993  Mick Doohan yang masih lagi mencari rentak dan stamina dari
kecederaan yang belum berapa pulih tetapi akhirnya pada tahun 1994 Mick Doohan akhirnya berjaya memenangi perlumbaan 1 dalam motogp dan terus meneruskan reputasinya sehingga tahun 1998. pada tahun 1997 adalah tahun kegemilangannya kerana memenangi 12 perlumbaan dari 15 perlumbaan yang diadakan
dan mendapat tempat kedua dalam dua perlumbaan dan satu dia terjatuh pada akhir perlumbaan moto gp.



Mick Doohan 1997
 Pada jun 1996 Mick Doohan telah diistiharkan sebagai MEMBER OF THE ORDER OF AUSTRALIA
di atas sumbanganya didalam sukan pemotoran Australia.

  Salah satu pekara yang menarik tentang Mick Doohan adalah tentang gaya dia menunggang dan motorsikalnya, kerana dia mengunakan brek tangan untuk mengendali kan brek belakang ini disebabkan kemalangan yang pernah menimpanya pada tahun 1992 dan sistem itu dicipta pada tahun 1993 untuk dia pada mulanya.dan ada beberapa orang telah mengulas sistem yang ada memberi kelebihan kepada Doohan untuk mengunakan berak belakang ( antara yang mengunakan juga sistem ini adalah Troy Coser dan Miguel Du Hamel kerana kaki kanan kurang upaya kerana kemalangan  )

Gaya Mick Doohan


Skill yang ditunjukan

   Dan pada tahun 1999 adalah tahun akhir Mick Doohan selepas terbabit dalam kemalangan di litar
Sepanyol bagi sesi kelayakan dan menyebabkan kaki nya patah beberapa tempat dengan itu dia mengumumkan pengundurannya dalam pelumbaan motogp 500cc masa itu. selepas besara dalam dunia perlumbaan,  Mick Doohan telah menjadi chief engineer bagi masa itu pelumba baru yang popular sekarang Valentino Rossi.  dan dia juga menjadi penasihat Honda Grand Prix Race sehingga tahun 2004.

Mick Doohan dan Valentino Rossi 2001
  sekarang nampaknya pengantinya telah ada antaranya yang di perkatakan Casey Stoner yang
juga berasal dari AUSTRALIA...

Casey Stoner GP AUSTRALIA 2009

Tuesday, April 12, 2011

Attitude perbezaan Rempit dan bikers.........................

Lama tak update blog ini sebab menghadapi masalah kesihatan mata yang tidak boleh melihat
  monitor komputer lama-lama.
Hari ini aku mengulas lah berkenaan attitude ( perangai ) perbezaan mat rempit dan bikers. walaupun aku ini masih muda dan baru setahun jagung mengunakan motor tetapi dari segi pendapat inilah yang ingin aku terangkan. sebelum aku ingin mengulas lebih lanjut ingin aku meminta maaf kepada yang terasa mungkin ada ayat-ayat yang aku taip makan dalam sedikit.
  Baiklah rempit dan bikers ini sama sahaja dua-dua minat bawa motosikal tak kan pula bawa kereta,
tetapi perangai amat berbeza dan berlainan. tetapi ada juga yang baik ada juga yang jahat tidak semua jahat umur pula bukan main peranan dan motosikal tidak kira kecil atau besar..........

CIRI-CIRI
REMPIT
- paling utama rempit ini tiada lesen tiada cukai jalan dan bawa motosikal
- kesedaran atas keselamatan diri kurang
- segelintir mempunyai perasaan aku punya motor paling kuat pantang dicabar
- berani tidak bertempat membawa motosikal ( jalan raya dan lebuh raya )
- tidak memikirkan orang di sekeliling
- lumba haram adalah minatnya
- takut pada pihak berkuasa ( POLIS DAN JPJ )
di atas adalah ciri-ciri utama seorang rempit walaupun banyak lagi tetapi, aku list kan bagi pendapat aku yang baru hidup ini sahaja dan rempit bukan sekadar motor kecil besar pun ada.........

CIRI-CIRI
BIKERS ( penunggang motosikal )
- motosikal lengkap dengan segala dokumen dan dibenarkan mengunakan jalan raya
- keselamatan utama kerana memikirkan keluarga dan orang sekeliling
- merasakan diri masih lagi belum pandai mengendali kan kenderaan yang ditunggani dan ingin perbaiki
- tidak takut pada pihak berkuasa kerana tiada kesalahan untuk ditakuti
di atas ini pula ciri-ciri bagi aku seorang bikers ( penungang motosikal ) mempunyai akal dan fikiran supaya hidup lebih selamat walaupun takdir ditentukan oleh Tuhan....

kelajuan motosikal yang anda bawa perlulah, memikirkan keadaan sekeliling tidak kira sesiapa  anda besar mana motor anda berapa lama anda hidup dengan dunia motor akhir nanti bila sampai masa semua akan di tinggalkan.....................

Thursday, April 7, 2011

Litar-Litar yang Ada dan dalam Kenangan.................

Sukan permotoran dalam bahagian motosikal di Malaysia sebenarnya berpontesi besar tetapi
  banyak pekara yang boleh dikatakan diskriminasi antara kroni banyak berlaku yang menyebabkan
masalah bagi yang ingin menceburi sukan bermotosikal antaranya bayaran kemasukan yang tinggi, sikap pilih bulu dan macam-macam lagi. ini sebenarnya menyebabkan orang yang kurang kemampuan yang senang dikatakan ingin merasa kelajuan ditempat yang betul terbatas ( seperti aku ), dengan itu jalan raya menjadi sasaran utama. kerana tiada tempat yang sesuai lagi untuk mereka.
    dibawah ini litar yang aku tahu ada di Malaysia dan BT3 Shah alam telah pupus kerana untuk
kemewahan orang kaya membina rumah.....................



LITAR SEPANG
LITAR ELITE
MIMC MELAKA
LITAR PASIR SALAK PERAK
LITAR BATU 3 SHAH ALAM DALAM KENANGAN

Wednesday, April 6, 2011

Scheme Motorsikal NSR pilihan hati................


setiap kali aku tengok motosikal NSR aku.
  aku akan memikirkan warna atau pun scheme yang nak aku gunakan dekat motosikal aku.

bawah ni antara scheme yang aku minat tetapi susah nak jaga bagi aku kerana rumah aku rumah flat.......
NASTRO AZURO
NASTRO AZURO 2001
ROTHMANS
REPSOL
WEST
FORTUNA
SHELL
EDDIE LOWSAN ROTHMANS
Sebenarnya banyak lagi tetapi rasa panjang sangat jadi ini antara yang paling diminati plihan hati ku.............

Monday, April 4, 2011

Monoshock Honda NSR 150RR..............

Dah lama tak update blog sebab moto demam kura-kura piston ring tercabut block calar
 piston pon biasa lah calar sebab tu tak update blog ni...................
tapi hari ni bukan nak cerita motor aku buat macam mana biarlah rahsia apa yang patut,
hari ini aku nak kongsi sikit berkenaan monoshock NSR 150RR, sebenarnya susah nak cari dah sekarang, tapi nasib la ada juga absober yang boleh masukan ke NSR 150RR ni tapi mungkin kena modified sikit tapak monoshock, kalau nak pakai yang terus sahaja boleh pakai jenama YSS,GAZI,dan KAWATA tetapi kawata ini kalau jumpa pun mungkin stock yang lama
bawah ni gambar
YSS untuk NSR150RR

yang ini pulak YSS NSR150SP
gambar dekat atas ini antara model yang ada ( YSS sahaja sebab gambar lain xjumpa ).
yang boleh adjust pun ada jual tapi harga sahajalah
 tetapi, kalau nak pakai susah jugak nak dapat cuba cari CBR 150R punya mono sebab hampir sama dan diameter pun sama cuma panjang, tapi nak pakai sarung je lah modi sikit juga.
standart CBR150R

CBR150R punya tapi OHLINS harga sendiri paham


kalau nak pakai original punya pernah ada orang tanya dekat BOON SIEW  Penang harga mahal tapi yang bagusnya tahan lama