Tuesday, April 12, 2011

Attitude perbezaan Rempit dan bikers.........................

Lama tak update blog ini sebab menghadapi masalah kesihatan mata yang tidak boleh melihat
  monitor komputer lama-lama.
Hari ini aku mengulas lah berkenaan attitude ( perangai ) perbezaan mat rempit dan bikers. walaupun aku ini masih muda dan baru setahun jagung mengunakan motor tetapi dari segi pendapat inilah yang ingin aku terangkan. sebelum aku ingin mengulas lebih lanjut ingin aku meminta maaf kepada yang terasa mungkin ada ayat-ayat yang aku taip makan dalam sedikit.
  Baiklah rempit dan bikers ini sama sahaja dua-dua minat bawa motosikal tak kan pula bawa kereta,
tetapi perangai amat berbeza dan berlainan. tetapi ada juga yang baik ada juga yang jahat tidak semua jahat umur pula bukan main peranan dan motosikal tidak kira kecil atau besar..........

CIRI-CIRI
REMPIT
- paling utama rempit ini tiada lesen tiada cukai jalan dan bawa motosikal
- kesedaran atas keselamatan diri kurang
- segelintir mempunyai perasaan aku punya motor paling kuat pantang dicabar
- berani tidak bertempat membawa motosikal ( jalan raya dan lebuh raya )
- tidak memikirkan orang di sekeliling
- lumba haram adalah minatnya
- takut pada pihak berkuasa ( POLIS DAN JPJ )
di atas adalah ciri-ciri utama seorang rempit walaupun banyak lagi tetapi, aku list kan bagi pendapat aku yang baru hidup ini sahaja dan rempit bukan sekadar motor kecil besar pun ada.........

CIRI-CIRI
BIKERS ( penunggang motosikal )
- motosikal lengkap dengan segala dokumen dan dibenarkan mengunakan jalan raya
- keselamatan utama kerana memikirkan keluarga dan orang sekeliling
- merasakan diri masih lagi belum pandai mengendali kan kenderaan yang ditunggani dan ingin perbaiki
- tidak takut pada pihak berkuasa kerana tiada kesalahan untuk ditakuti
di atas ini pula ciri-ciri bagi aku seorang bikers ( penungang motosikal ) mempunyai akal dan fikiran supaya hidup lebih selamat walaupun takdir ditentukan oleh Tuhan....

kelajuan motosikal yang anda bawa perlulah, memikirkan keadaan sekeliling tidak kira sesiapa  anda besar mana motor anda berapa lama anda hidup dengan dunia motor akhir nanti bila sampai masa semua akan di tinggalkan.....................

No comments:

Post a Comment