Tuesday, April 15, 2014

aku dia dan honda hurricanne (th110) ....... pakej berjalan sambil berjalan

Asalamualaikum dalam salam sejahtera pada pembaca blog yg dah bersawang ni...
  sibuk skit bulan lepas-lepas dengan majlis perkhawinan aku.. hari ni nak buat sikit coretan ride lepas khawin.. ( konon ride tapi jalan2 ikut hati je bawak isteri jalan-jalan )... perjalanan yg amat kental dengan membawa honda hurricanne yang tak servis dan mengerikan bg yang suka nak berjalan jauh hahahah ( tapi aku jalan jeee tu semua nasib dan ketentuan ) perjalanan bermula dari cheras menuju ke rawang ( lalu jalan lama ) selepas tu aku lajakkan ke tg malim dalam perjalanan hujan turun di kampung kerling.... tapi tak lama lepas tu aku sambung terus ke tanjung malim sampai tg malim solat asar bersama isteriku dan selepas tu cuba cari pau yg paling best kat tg malim tp malang hujan lebat sangat jadi aku dan isteri berteduh di sebuah perhentaian bas beratap bocor..... reda sikit ingat nak mula laa berjalan tapi motor pulak buat hal xnak hidup mungkin sejuk sangat... cuba la aku membetulkan nya 1jam juga baru leh jalan balik.... pasal dah letih sgt aku cadang nak balik KL tapi kusangkakan hujan ditengah malam rupanya kemarau melanda masa nak balik minyak motor abis pulak dah menolak dan dengan itu jadilah kisah yang aku bagi tahu isteri aku inilah dia berjalan dengan pakej berjalan penat wooo amat jauh xda sapa nak tolong pun huhuhuhuhu..... bawah ni gambar yg ada xbnyk nak tangkap hujan....

tengiling sakti sampai di rawang.....

pelepas dahaga coconut shake rawang special aku coklat dan isteriku strawberi

masjid di ulu bernam solat asar
gambar lain xdapat nak tangkap ujan lebat dan hati telalu letih......
 next time ada ride aku upkan ye gambar kasi bnyk punya....

Friday, December 27, 2013

mentadak terbaru aku Honda Ribut ( HONDA HURRICANE 110 )

Asalamaualaikum dan salam sejahtera,,,,,,,
  tengelam-tengelam timbul tu la sekarang aku nak update blog bukan malas nak update cuma tak ada masa
dan kelapangan, tapi dalam sibuk-sibuk ni sempat jugak aku tambah koleksi motor aku ( bukan motor baru pun motor lama je tapi akan dicantikan seperti baru satu hari nanti .......mungkin lepas kawin nanti kot hehehe ) dari banyak aku menaip lagi baik aku belanja sikit gambar motor aku.... ( dah peminat honda tak lari jugak ke honda .. cuma honda je xhargai aku hahahahah )




ni je lah tatapan gambar yg dapat disediakan ,,, 1 hari nanti akan bertukar wajah

Monday, December 2, 2013

Ride Mee Udang Kuala Selangor Dan Pantai Remis..... 1/12/13

Dah lama aku tak berkonvoi dan berjalan jauh dengan kawan-kawan tapi pada hari ahad 1/12/13 dapat gak aku keluar walaupun bukan dengan merah-merah delima.... heheheheh konvoi ni dengan geng2 retro TTPORT geng titiwangsa... nak taip panjang kang jemu membacakan jadi biarlah gambar menceritakan segalanya....

berkumpul di titiwangsa port sebelum bergerak

antara jentera yang pergi

menunggu tuan rumah di susur keluar tol ijok

agak-agak nak menari agogo kot hahahah

termenung merenung kelazatan mee udang
kelazatan mee udang gala special kuala selangor

tunggu air sebelum serang hahahahah

possing dulu sebelum makan
pantai remis susun motor

kuda yang ku tunggang

keindahan pantai menenang jiwa

ada family berkhemah plak kat belakang heheheheh

merenung masa hadapan dilaut heheheheheh

sesi bergambar sebelum beransur pulang

sekian sahaja lah ini sahaja report yang boleh dilakukan........ ada jugak wakil honda sebijik hahahahahha

merah-merah delima wajah baru

Asalamualaikum.. dan salam sejahtera
 sebenarnya nak up gambar yang ketegori lama bila motor aku dah siap sebagai tatapan jeee
kalau terserempak pin2 la ye,,,



ni je yg mampu tapi belum siap lagi ni sebenarnya nak touchup balik semula tunggu je lah bila masa dah tiba

Tuesday, September 24, 2013

gambar suka2 22/09/2013

Asalamualaikum dan salam sejahtera...
  saja nak up sikit gambar xtvt yg biasa aku lakukan lepak ngan kawan di dataran merdeka
lepak ni pun untuk melepaskan rindu dan mungkin ini akan bertukar warana buat motor aku selepas ni....
warna apa biarlah rahsia pada yang tahu dah dapat agak apa aku nak buat base dia masih sama je... cuma hantar kedai........

pilih dulu mana nak naik

geng kawasaki besar punya......

rsx,lc125dan scram pe nama aku pun lupa

kuda yang dipilih tunggu bulan depan comel punya hahahah

Tuesday, September 3, 2013

single ride Kuala Lumpur --- ipoh ---- Kuala Kangsar --- Kuala lumpur 24 jam 31/08/2013-1/09/2013

asalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi singgah blog aku ini....
 dah lama aku tak update cerita yang terbaru pasal hobi aku bersama motor-motor kesanyangan aku ini
pada hari kemerdekaan malaysia 31/8/2013 aku telah pergi jalan-jalan bersendirian menenangkan jiwa dan hati duka lara perjalanan yang aku lakukan tidaklah bermalam cuma tidak henti selama 24jam jika dikira kurang lagi.... yelah keluar rumah dari kuala lumpur cheras pukul 11pagi sampai ipoh pukul 1 petang ....... releks makan kenduri kawin bosan-bosan pukul 5petang terus pergi kuala kangsar pukul 8malam kembali ke ipoh mandi kejap pukul 11malam keluar jumpa kawan dan akhir sekali dalam pukul 1.30pagi terus balik ke kuala lumpur sambil berlumba dengan bas macam peluru...... sampai kuala lumpur dalam puku 3.45pagi

sedikit gambar sebagai tatapan...... masa balik aku tak dapat tangkap gambar telefon habis bateri



jentera NSR 150RR kesayangan semasa berehat di RNR Tapah Perak

ketika aku sampai ke ipoh sepupu aku kahwin....


oleh kerana aku bosan aku pun menjelajah sammpai ke kuala kangsar.....


jumpa rakan di kuala kangsar dan singgah dirumahnya di padang rengas..........

gambar masa balik takda pulak sebab bateri telefon dah habis pulak sapa nak kasi kamera kat aku aku terima jeeee
sekian je lah ride aku bersendirian buat kemerdekaan ke56 tahun 2013

Monday, May 27, 2013

Report....RETROMANIA Morib 26/05/2013

salam pagi isnin.....
letih semalam tak habis... hari ini aku semangat nak update blog,, semua pasal retromania morib 2013..
tahun ni agak menarik banyak jugak motor lama yang turun..
aku turun hanya pada hari ahad sebab sabtu ada projek lain dengan selamba aku turun dengan roadtax mati ngan motor tak berapa siap aku pergi bedua tahun ni ngan member aku yg bawak NSR jugak....
sedikit gambar tatapan.. nak amik bnyk xlarat panas sgt kat sana..

keindahan pantai morib yang tengah surut
kuda xsiap aku baru sampai....

lautan retro....

antara geng2 NSR

antara NSR 250 yang jadi penarik perhatian

katana bukan pedang tapi motor

dapat gak parking dalam

geng single seat

yamaha bnyk retro
inilh aku
rasanya ni je gambar aku dapat tangkap yg lain xsempat kot apa2 pun jumpa lg retromania