Thursday, September 25, 2014

Ride kenduri khawin titiwangsa....

nak up skit gambar masa ride khawin seorang sahabat dekat titiwangsa..
aku pergi naik honda cela l aku je yang lain ramai naik motor tank didepan aku je tank bawah tempat duduk

pengantin yang diraikan

jentera yang aku bawa

antara retro yang hadir

bersiap pulang

Friday, September 5, 2014

Kembali semula......... coretan aku bersama motor ku....

Asalamualaikum dan salam sejahtera ...
  rasa dah berbulan tau update cerita baru dalam blog ni mungkin ada yang dah tak ikut atau pun lupa pasal blog ni .... bukan tak nak update cuma handset rosak tak boleh on jadi tiada kamera nak tangkap gambar apa-apa projek jadi sekarang aku nak cuba rangkumkan segala benda yang aku buat...
pertama nak cerita pasal nsr 150rr aku yg sekarang sudah kembali kepada dua seat sebab isteri nak naik jadi buat balik lah dengan alasan baby nak merasa.... tgk gambar kat bawah ni ok tak ?


 skang ada problem skit ada perasan kebocoran kecil di tangki... kalau sesiapa nak jual tank nsr rr kasi roger2 la yeeee

ok lah dibawah ni  projek kedua aku honda hurricane yang diubah sedikit menjadi honda cela L 110 .. sparepart susah nak dapat ni pun dah kumpul 3 bulan barang baru dapat macam ni sekarang tinggal nak pasang bajak dan mudguard belum dapat lagi...



buat masa sekarang ini je mampu aku buat nak cari modal nak buat honda nsr 150 r aku pula dengan kawasaki ar80 yg lama tersadai....

Tuesday, June 3, 2014

REPORT RETROMANIA MORIB 31 MEI - 1 JUN 2014

Asalamualaikum dan salam sejahtera...
 walaupun dah lewat 2 hari untuk buat report retromania morib 2014 ni tapi tak salahkan.... aku pergi hari ahad jee sebab hari sabtu aku ada kerja lain pergi pun naik honda hurricanne 110 jee sebab motor lain demam lagi takda modal nak buat.... jadi gambar dibawah ni hari ahad yeee hayati laa retro...

tu nampak tak belalang kancung aku yang tak siap

masa nak balik ni kalau tak silap
antara gen nsr 150 yg makin bertambah setiap tahun

nsr250 dari johor

yamaha rxs bersepah

geng yamaha tzm belum ramai lg

yamaha rd 125

yamaha rd/rzr 250 punya geng

yamaha tzr 3ma punya team

ni legend punya yamaha v4 500cc

kawasaki ks100

geng kawasaki KRO campur kr/victor/krz/cyclone dan macam-macam lagi

suzuki gp100

jerung yang amat ganas... suzuki phanter txr/gamma

honda hurricane yg ku impikan akan terjadi pada aku satu hari nanti


ok lah ada gambar lain nanti aku up ye  ..... heheheheh

Friday, May 23, 2014

Gambar GAF PUTRAJAYA AUTOSHOW 27/04/2014

Asalamaualaikum dan salam sejahtera....
  pada pembaca blog yg usang berhabuk ni minta maaf ye dah agak lama tak update berita terbaru
hari ni pun aku baru nak up cerita lama bulan 4 lepas apa2 enjoy lah dengan gambar yang ada...











Nama sebenar honda hurricane 110.......... dan adik beradiknya

Asalamualaikum dan salam sejahtera.......
  hari ni aku nak buat sikit coretan pasal Honda hurricane 110 ... dekat malaysia motor ni memang ketegori amat rare laaa kalau pakai pun dah uzur yg tip top payah cari.. klu yg dah cun bnyk pakai cover set honda dash 125... nak taip banyak malas plak tgk gambar yg ada ni yeee

nama kat luar honda hurricane ni honda cela
sama tak rupa si cela ni
atas ni hurricane punya base model @ asal

honda hurricane malaysia tapi kepala lampu depan dah tukar

yang ni ori hurricane cuma lusuh sebab aku punya hahahahha

ni nak selit sikit base motor sama dengan hurricane enjin pun sama tapi tak bogel
jadi kalau pergi thailand nak cari part hurricane jgn panggil hurricane sebab kat sana nama di HONDA CELA..... gambar bawah ni pula nak tunjuk HONDA TENA

ni nama dia HONDA TENA R

HONDA TENA RS

comel tak tena ni? klu tak kita tengok keturunan NOVA pula...

HONDA NOVA S


HONDA NOVA R
HONDA NOVA RS
HONDA NOVA R SP
HONDA NOVA RS SP1 ada break disc belakang

NOVA DASH RS SPI dengan spoert rim
Oklah gambar atas adalah HONDA NOVA nak kata NOVA DASH blom lg kot sebab tgk gambar dibawah pula ni baru pure HONDA DASH





ni sebagai contoh je laa nak cerita lebih aku tak tahu sebab malaysia hanya ada honda hurricane dengan honda nx jeeee..... sebelum nak habiskan pertaipan aku ni hehehehe aku nak selit gambar model HONDA SONIC 4stroke kat bawah ni.....


ni je lah coretan .... tunggu nanti coretan yang ada maybe nak update yang lama dalam simpanan

Tuesday, April 15, 2014

aku dia dan honda hurricanne (th110) ....... pakej berjalan sambil berjalan

Asalamualaikum dalam salam sejahtera pada pembaca blog yg dah bersawang ni...
  sibuk skit bulan lepas-lepas dengan majlis perkhawinan aku.. hari ni nak buat sikit coretan ride lepas khawin.. ( konon ride tapi jalan2 ikut hati je bawak isteri jalan-jalan )... perjalanan yg amat kental dengan membawa honda hurricanne yang tak servis dan mengerikan bg yang suka nak berjalan jauh hahahah ( tapi aku jalan jeee tu semua nasib dan ketentuan ) perjalanan bermula dari cheras menuju ke rawang ( lalu jalan lama ) selepas tu aku lajakkan ke tg malim dalam perjalanan hujan turun di kampung kerling.... tapi tak lama lepas tu aku sambung terus ke tanjung malim sampai tg malim solat asar bersama isteriku dan selepas tu cuba cari pau yg paling best kat tg malim tp malang hujan lebat sangat jadi aku dan isteri berteduh di sebuah perhentaian bas beratap bocor..... reda sikit ingat nak mula laa berjalan tapi motor pulak buat hal xnak hidup mungkin sejuk sangat... cuba la aku membetulkan nya 1jam juga baru leh jalan balik.... pasal dah letih sgt aku cadang nak balik KL tapi kusangkakan hujan ditengah malam rupanya kemarau melanda masa nak balik minyak motor abis pulak dah menolak dan dengan itu jadilah kisah yang aku bagi tahu isteri aku inilah dia berjalan dengan pakej berjalan penat wooo amat jauh xda sapa nak tolong pun huhuhuhuhu..... bawah ni gambar yg ada xbnyk nak tangkap hujan....

tengiling sakti sampai di rawang.....

pelepas dahaga coconut shake rawang special aku coklat dan isteriku strawberi

masjid di ulu bernam solat asar
gambar lain xdapat nak tangkap ujan lebat dan hati telalu letih......
 next time ada ride aku upkan ye gambar kasi bnyk punya....