Friday, January 28, 2011

LEGASI HONDA CBR 250R

Setelah beberapa tahun motosikal kategori 250cc 4stroke telah sepi dari industri pemotoran dunia. 
    tetapi setelah kawasaki mengeluarkan ninja zx250r nampaknya ramai pengeluar motosikal ingin mengeluarkannya kembali kerana ia adalah untuk mengantikan motosikal 2stroke yang dikatakan untuk mengurangkan pencemaran alam. 
   pekara ini pun berkaitan dengan perubahan yang berlaku dalam sukan pemotoran MOTOGP kerana 
ia telah menukar kategori cc motosikal seperti kategori 125cc ditukar kepada 250cc yang dipanggil moto3, 250cc ditukar kepada 600cc untuk moto2 dan moto gp yang dahulu nya dalam 800cc di kembalikan ke 1000cc.
  bagi kesinambungan pekara tersebut syarikat motor di dunia cuba mengeluarkan motor 250 cc untuk bagi membuktikan kemampuan motosikal yang dihasilkan.
  Honda juga tidak mengalah dalam persaingan ini jadi ia telah melancarkan cbr250r walaupun ia mengunakan 
sistem single selinder tetapi bagi pendapat aku walaupun ia sistem single selinder kemungkinan kuasa yang ada tidak mengecewakan kerana teknologi makin berkembang. cuma sedikit kekurangan dari pandangan mata aku adalah dari segi rupa bentuk yang lebih kepada touring bike sahaja.

ini adalah spec CBR250R 2011
  • Displacement: 249cc
  • Engine: Four-stroke, Single Cylinder
  • Maximum Power: 26 Bhp @ 8500 rpm
  • Maximum Torque: 23 Nm @ 7000 rpm
  • Gears: 6 Manual
  • Bore: 76
  • Stroke: 55
  • No. of Cylinders: 1
  • Valve Per Cylinder: 4
  • Engine Block Material: 0
  • Chassis Type: Diamond
  • Cooling Type: Liquid Cooling
  • Weight: 161.00 kg
  • Ground Clearance: 145.00 mm
  • Fuel Tank: 13.00 ltrs
  • Wheelbase: 1370.00 mm
  • Suspension(Front): Telescopic
  • Suspension(Rear): Swing Arm
  • Brakes: 296mm Disc
  • Brakes(Rear): 220mm Disc
  • Wheel Type: Alloys
  • Wheel Size: 110/70 17M/C - 140/70 17M/C mm
  • Suspension(Front): Telescopic
  • Suspension(Rear): Swing Arm
  • Brakes: 296mm Disc
  • Brakes(Rear): 220mm Disc
  • Height: 1127mm
  • Wheelbase: 1369mm
  • Seat Height: 784mm
  • Ground Clearance: 148mm
  • Rake: 25°
  • Trail: 95 mm
  • Ignition: Transistorized with electronic advance
  • Transmission: Clutch: Wet multiplate with coil springs
  • Gearbox: Constant mesh 6-speed return
  • Final Reduction: Ring Chain
  • Final Drive: Chain
  • Training: Mechanical cable
  • Primary reduction 2.808
  • Final reduction 2.714
  • Start Electric
  • Battery 12V/ 6AH
  • Headlight 55/60 watts
  • Chassis Frame Type: Double beam type steel tube (Diamond frame)
  • Kerb Weight: 161 KG/ 165 (C-ABS version)
  • Fuel Tank: 13 liter
  • Rim Front 17 M / C × MT 2.75
  • Rear 17 M / C × MT 4.00
  • Tire Front 110/70 ×17M / C
  • Rear 140/70 × 17M / C
 sedikit gambar rupa paras CBR250R  2011

versi biasa
warna merah warna utama yang dikeluarkan

hitam

versi edisi terhad yang dikeluarkan
HRC

mugen

moriwaki

repsol

Thursday, January 27, 2011

GALERI FOTO NSR 150

 Sebab aku minat dengan Honda NSR 150 aku nak selit gambar-gambar yang bagi aku motor
ini amat cantik dan memang pandai owner dia jaga.



NSR 150RR dipakaikan baju NSR 150SP






yang telah dimasukkan cover set cbr 600









bagi aku warna yang sesuai untuk NSR 150 r
hijau nampak simple tapi kemas

NSR 150SP scheme standart tp menawan




bagi aku yang diatas ini terbaik tp sebenar banyak lagi tp letak kang bnyk sangat

Wednesday, January 26, 2011

Petua asas dalam penjagaan 2stroke

salam semua
 pagi-pagi lagi hari ini aku ada masa nak update berkaitan petua asas dalam penjagaan motor
ini aku belajar dari orang yang lebih berpengalaman dan ia jika diikut logik akal amat lah berkesan dan ia memang amat berguna dalam kehidupan seharian untuk menjaga motosikal supaya kerosakan boleh dikurangkan....

Kita mulakan dengan menghidupkan enjin motosikal
-sebelum nak hidup kan motosikal kesayangan kita, hendak lah kita tahu asas motor kalau tak tahu tak akan hidup
 kebiasaannya motosikal 2stroke ( lejang ) kita akan tutup fuel cock kerana kebanyakan motor 2stroke tiada vakum    untuk  menahan minyak masuk ke karburater. seperti motorsikal 4stroke. jadi buka lah dulu fuel cock sebelum hendak menghidupkan motosikal anda
-semasa hendak menghidupkan motosikal anda 1 on fuel cock kemudian tendang kick starter secara kosong
 untuk beberapa kali tanpa menghidupkan suis kunci motosikal. pekara ini adalah untuk bagi memastikan minyak 
 petrol dan 2t ( bahan pelincir ) telah masuk ke dalam ruang pembakaran terlebih dahulu bagi mengelakkan enjin motosikal dihidupkan kurang bahan pelincir
-pada am dan logik fikiran pekara ini dilakukan kerana disebabkan bahan pelincir tersebut mungkin amat sikit dan 
 termendap di ruang  kompresion @ percampuran di "crankshaft" setelah dibiarkan lama seperti parking atau telah  bermalam
-setelah selesai hidup kan enjin motosikal anda seperti biasa, andai kata jika motosikal anda susah hendak dihidupkan dan anda perlu mengunakan "choke" . boleh digunakan selang 5 saat bukak "choke" ,selang 5 saat tutup balik "choke" ulang dalam 2 kali sudah memadai, lepas itu pulas thorttle sedikit demi sedikit...dan biarkan motosikal anda dlm keadaan idle dlm tempoh 1-2minit kerana motosikal sistem sejukan cecair lambat panas ( untuk motosikal mengunakan sistem radiator )

Caliper break 
Boleh di spray dgn bahan pelincir seperti 'WD40' dekat piston 'caliper' dlm 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Di biarkan seketika, kemudian hanya di siram dengan air sabun, tidak perlu disental pun takpa ( WD40 tidak berasaskan minyak )
- Ini bagi mengelakkan piston caliper berkarat @ berhabuk dan menyebabkan jem @ oil seal bocor.
- Selain itu boleh juga di tembak angin di celah caliper tersebut.


Fork @ sepit udang 
- Kalau rajin keluar atau selalu terkena hujan ( mesti senang melekat pasir )... dekat bahagian batang krom  rajin bersihkan dan lap.
- Boleh juga dispraykan 'WD40' di bahagian batang krom.
- Dan jgn lupa, kalo basuh motor, rajin2 lap batang krom itu


Block,piston & ring 
-benda ini amat penting sekali dalam komponen enjin motosikal anda tanpa benda ini tidak akan berjalan motor anda dengan itu jaga lah ini amat penting sekali bagi motorsikal yang block nya tidak boleh di rebore cth: sp,tzm dan kips tapi xpayah lah nak percaya sangat apa yang aku taip tapi fikirkanlan

- 15K km, kita boleh tukar ring ( kalo semua ok tak jem ke apa )
- 30K km, kita boleh tukar ring ( sama )
- 50K km, kita boleh tukar piston dan ring, saiz B( sama )
- 65K km, tukar ring
- 80K km, tukar ring
- 100K km, tukar piston dan ring, saiz C
- 115K km, tukar ring
- 130K km, tukar ring
- Selagi blok ini masih elok, sebab kalau ikut kan jangka hajat sekira tiada masalah blok mcm jem, mampu bertahan lebih 150K km @ lebih 10 tahun ( hanya anggaran )
- Motor '2 Stroke', ring memang mudah haus @ berbunyi. Tak perlu ikut, sebab akan melibatkan modal, cuma pada sesiapa yang betul-betul menjaga enjin.


Radiator dan air ( untuk yang ada
- Tak kira apa sebab 'cap radiator' dibuka, sama ada nak check air atau tambah, jgn ditutup terus cap tersebut. Hidupkan enjin dan di biarkan seketika sehingga sistem penyejukan berfungsi sepenuhnya atau boleh jugak bawa pusing-pusing kejap.
- Selepas tu, andai kata air kurang boleh  ditambah dan ditutup terus cap radiator. Ini bagi tujuan mengelakkan ada ruang kosong yg tertinggal di dalam radiator menyebabkan tekanan tidak sempurna.
- 'Spare Tank', pastikan air di dlm bekas berada pada paras yg tertera. Ini memberikan ruangan kepada tekanan sistem penyejukan @ air limpah. Apabila tekanan radiator mencapai tahapnye, valve kat cap akan terbuka dan membenarkan air lebihan ke spare tank atau dr spare tank ke radiator apabila air kurang.


Rantai 
-benda yang senang nak jaga tapi ramai yang tak menitik berat pasal ini
-sembur wd40 kat rantai atau grees chain setiap 300-500km ia utk mengelakan dari sprocet cepat haus
dan menghalang dari pada cepat karat 
-tegangkan rantai bila rantai dah kendur ini utk keselamatan semasa menungang 

 sekian terima kasih ini sahaja yang dapat dikongsikan jika ada salah diharap betulkan

Monday, January 24, 2011

Coretan ku Jln K. Klawang dan Bukit Tinggi kepada rakan-rakan

Asalamaualaikum semua dan salam sejahtera dah lama rasenye tak update blog aku yang tak seberapa ni sebab biasa la, komputer pun tak ada dekat rumah
jadi pakai komputer pejabat je lah  itu kalau ada masa dan kerja tak banyak...:)

  Hari  ini sebenarnya aku hanya nak menceritakan dan memberi pendapat aku kepada semua penunggang
motorsikal  yang suka pergi ke kuala klawang dan bukit tinggi kerana dulu aku ni seorang yang suka pergi ke k.klawang. dan aku menulis coretan ini kerana ada rakan-rakan bertanya seronok ke main moto dekat k.klawang dengan b.tinggi? bagi aku ini je jawapan yang aku boleh bagi kedua-dua tempat ini, seronok jika kita pergi sana untuk menikmati keindahan alam dan berjalan-jalan bersama rakan-rakan dan sana bukan lah tempat untuk menguji kehebatan, kelajuan, dan skill koner masing-masing sebab ia adalah jalan raya..

 Paling  yang aku terkilan adalah  aku terdengar dari mulut rakan-rakan ada yang membuat kelas belajar koner ditempat sebegitu rupa adakah ini waras atau sudah tidak tahu befikir mengunakan akal yang indah diberikan oleh allah? apakah motif yang ingin disampaikan adakah untuk nama atau pun satu kewajiban dlm belajar penunggangan motorsikal? sedang kan kawasan kononya ingin dijadikan sebagai kelas adalah jalan raya digunakan pelbagai jenis kenderaan, permukaan jalan tidak rata, pasir betabur ditepi jalan dan benda-benda yang belom tentu kita ketahui seperti minyak diatas jalan dan macam-macam lagi.

 Perlu kita beringat bahawa nyawa kita tidak lah lama jangan nak persiakan dengan benda-benda sebegitu 
jangan terlalu taksub dengan koner dan kelajuan ditempat yang tidak sepatutnya kerana ia akan memakan diri sendiri. aku ingin selit kan 1 contoh: seseorang rakan telah mengajak anda pegi ke mana-mana tempat atau pon kawasan bebukit utk belajar koner anda pergi tetapi malang tidak berbau rakan anda kemalangan maut
adakah anda sanggup melaporkan kematian kawan anda kepada ibu bapanya atau pon jika kawan anda sudah berumah tangga adakah anda sanggup memberitahu isterinya yang suaminya meninggal kerana belajar koner di jalan raya? atau pon anda hendak menipu dia tebabit kemalangan kerana kesalahan orang lain? sedangkan anda membuat kelas di jalan raya.

 Kepada sesiapa yang membaca coretan ini terasa atau berdendam aku mintak maaf banyak-banyak
kerana kita manusia makin lama makin tua dan fikirkan lah berapa baki umur yang tinggal kerana kita xkan tahu berapa yang tinggal. dan ingatlah kepada keluarga masing-masing ............DAN PERKARA YANG PALING TIDAK AKU MINATI ADALAH MENDENGAR PERKABARAN KEMATIAN RAKAN-RAKAN DI KAWASAN TERSEBUT KERANA BANYAK TELAH AKU DENGARI DARI YANG AKU  KENAL HINGGA TIDAK KENAL . walaupun ada yang mengatakan sudah ajal tetapi janganlah ajal itu dicari sendiri............. SEKIAN TERIMA KASIH


  

Monday, December 20, 2010

Perjumpaan ahli NSR CLUB 18/12/2010 di LINDUNGAN MOTOR KAMPUNG MEDAN PJ

Pada 18/12/2010 aku dapat jemputan untuk hadir dalam perjumpaan ahli NSR CLUB 2010 yang dibuat di LINDUNGAN MOTOR KAMPUNG MEDAN. ( walaupon aku bukan ahli rasmi ) banyak aktiviti yang dilakukan antaranya peramian motor baru oleh orion moto , cabutan betuah dan makan-makan.

ramai orang-orang lama NSR turut hadir.. perjumpaan ini tdiak terhad kepada penguna NSR sahaja kerana ada
juga pemilik KIPS dan TZM turut hadir memeriahkan majlis dan dapat mengeratkan silaturrahim.
 ni ada sedikit gambar yang ada .

ini adelah kedai moto lindungan motorsport




gambar dibawah ini pula ade lah gambar-gambar jentera HONDA NSR150 yang hadir utuk memeriahkan majlis






kips yang hadir dalam perjumpaan





dan kepada yang menjemput saya diucapkan terima kasih dan diharapkan dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim supaya tidak ada perasaan diri sapa yang paling bagus dalam diri kerana dunia pemotoran 2stroke ini makin kecil.

Thursday, December 16, 2010

Motosikal 2 stoke terakhir 150cc MALAYSIA ( HONDA NSR, YAMAHA TZM DAN KAWASAKI KIPS )

Dalam bulan 12 ni baru ada mase nak update blog tapi xtahu nak tulis ape
tiba-tiba jee dapat idea nak tulis pasal moto 2stroke terakhir Malaysia ketegori 150cc 
antaranya Honda NSR , Yamaha TZM dan Kawasaki KIPS.

Dalam senarai tiga jenama tersebut masing-masing ada kelebihan dan kekurangan 
mari kita tengok spec motor tersebut

1. Honda NSR 150RR
   p/s ( motor ni ada lagi keluaran seterusnya tapi xmasuk malaysia sebab pe tak tahu moto tu adalah NSR 150SP klu ada dlm malaysia ni pon bukan ori kebanyakan dah convert)





Model : NSR 150 RR
Engine type : single cylinder, two stroke
Engine size : 149cc
Bore x stroke : 59 x 54.5
Compression : 6.8 : 1
Horsepower : 37ps at 10,000 rpm
Torque : 2.74 kg-m at 9,000 rpm
Gearbox : 6 speed return
Ignition : Electronic CDI unit
Length : 1,970 mm
Width : 685 mm
Height : 1,060 mm
Wheelbase : 1,355 mm
Weight : 120.9 kg
Tire size : (F) 90/80-17, (R) 110/80-18


nsr memang leh tahan power dia tp kekurangan dia adalah di bahagian rim belakang sebab 18" dan penjagaan bateri adalah paling penting bg penguna Honda NSR150RR lagi satu part moto ni ketegori mahal  


2.Kawasaki KIPS 150rr
 motor ini adalah yang paling baru 150cc 2stroke dan mungkin ini lah yang terakhir 2stroke yang keluar dimuka bumi Malaysia




  


Type of Machine : 2 Step, Crankcase Reed Valve, kips, RIS
Displacement : 148 cc
Max power : 22.1 KW (30 PS) @ 10.500 rpm
Max torque : 9,000 rpm
Bore x Stroke : 59.0 x 54.4 mm
Compression Ratio : 7.2:1
Karburator : Mikuni VM 28
Starter System : Kick Starter
Transmission : 6-Speed constant mesh, return shift
Operating : N-1-2-3-4-5-6
Type Reduksi : Primary Gear
Final Drive : Chain Drive
Ratio reduction : 2785 (39/14)
Drive Ratio 7.7836 @ Top Gear
CDI : Ignition system
Burning Oil : Injection System
Cooling system : Water cooling system / radiator
Oli Machine Capacity : 1.2 liters
Lubricant Transmission : 0.87 liters
Tank Capacity : 11.5 liters
Plug : NGK B 9 ECS

Dimension

Length x width x height : 1.965 x 1.075 x 725 mm
Distance wheel axis : 1.300 mm
Proximity to Land : 131 mm
High seat : 780 mm
Weight : 124.5 kg
Frame Type : Double Cradle Frame
Suspension : Front Telescopic
Suspension : Rear Monoshock
Front : Twin Pot brake disk
Rear brake : Twin pot disc
Front tire : 90/90 - 17 "49s
Rear tire : 110/80 - 17 "57s
Cast Aluminum Wheel : Rim Wheel Aloy

motor ni baru memang power kira barang baru memang sedap
yang tak best moto ni sparepart mahal biasalah kawasaki barang ori dan
pernah gak dengar material besi untuk part enjen kips ini tidak setahan kips yg lebih tua dari nya




3.Yamaha TZM 150






spark plug : br9es
clutch type: wet multiple disc
transmission:
 primary reduction system: holical gear
 primary reduction rayio : 51/18 ( 2.833 )
 secondary reduction system : chain drive
 secondary reduction ratio : 49/16 ( 3.063 )
  transmission type : constan mesh 6-speed
 operation : left loot opeation
 gear ratio :  31/17 ( 2.883 )
                   29/16 ( 1.813 )
                   26/19 ( 1.368 )
                   24/21 ( 1.143 )
                   23/23 ( 1.000 )
                   21/24 ( 0.575 )

chassis:
frame type: double cradle
caster angle : 25.0*
trail: 86mm

tyre:
type: tubeless
size: front: 90/80/17
       rear: 110/80/17
manufacturer: front: I.R.C
                     rear : I.R.C
type: front: nf42
        rear : nr48


Yamaha TZM 150 dikenali sebagai highway star cuma TZM ni masalah pada power valve yg suka bocor apabila motor kerap dibawa laju sparepart tidak perlu dirisaukan kerana banyak yang local cuma nasib lah pakai kejap atau lama dan TZM ini ramai mengelarkannya moto manja dan sesiapa memakainya sayangi lah block anda sebab block TZM tidak boleh di rebore kalau apa-apa jadi slevee je ubatnya

Monday, November 8, 2010

ride port dickson 7/11/2010 ( NSR,KIPS,TZM,RXZ,125Z )

salam semua kepada yang membaca blog saya
hari ni nak tulis sikit report pege PD pada ahad lepas
walaupon moto dlm pantang aku tetap pegi xlaju pon dlm 120/140kmh jeee

kali ni ride dianjurkan team2 otaiAKAorg lama
ni skit gambar utk tatapan semua.

gambar peserta yg terlibat



sebelom perjalanan bekumpul di rv point 1 kat shell sg besi


selepas rv point 1 begerak ke rv point 2 kat petronas rnr seremban nak pick up member dari selatan
utk gerak bersama.







banyak kan heheheh ni nak selit gambar mase begerak dengan moto dan dekat highway pd sebelom tunggu tuan tanah






dan antara gambar terakhir mase sampai kat PD






k la sekian saja sampai disini terima kasih semua