Wednesday, January 26, 2011

Petua asas dalam penjagaan 2stroke

salam semua
 pagi-pagi lagi hari ini aku ada masa nak update berkaitan petua asas dalam penjagaan motor
ini aku belajar dari orang yang lebih berpengalaman dan ia jika diikut logik akal amat lah berkesan dan ia memang amat berguna dalam kehidupan seharian untuk menjaga motosikal supaya kerosakan boleh dikurangkan....

Kita mulakan dengan menghidupkan enjin motosikal
-sebelum nak hidup kan motosikal kesayangan kita, hendak lah kita tahu asas motor kalau tak tahu tak akan hidup
 kebiasaannya motosikal 2stroke ( lejang ) kita akan tutup fuel cock kerana kebanyakan motor 2stroke tiada vakum    untuk  menahan minyak masuk ke karburater. seperti motorsikal 4stroke. jadi buka lah dulu fuel cock sebelum hendak menghidupkan motosikal anda
-semasa hendak menghidupkan motosikal anda 1 on fuel cock kemudian tendang kick starter secara kosong
 untuk beberapa kali tanpa menghidupkan suis kunci motosikal. pekara ini adalah untuk bagi memastikan minyak 
 petrol dan 2t ( bahan pelincir ) telah masuk ke dalam ruang pembakaran terlebih dahulu bagi mengelakkan enjin motosikal dihidupkan kurang bahan pelincir
-pada am dan logik fikiran pekara ini dilakukan kerana disebabkan bahan pelincir tersebut mungkin amat sikit dan 
 termendap di ruang  kompresion @ percampuran di "crankshaft" setelah dibiarkan lama seperti parking atau telah  bermalam
-setelah selesai hidup kan enjin motosikal anda seperti biasa, andai kata jika motosikal anda susah hendak dihidupkan dan anda perlu mengunakan "choke" . boleh digunakan selang 5 saat bukak "choke" ,selang 5 saat tutup balik "choke" ulang dalam 2 kali sudah memadai, lepas itu pulas thorttle sedikit demi sedikit...dan biarkan motosikal anda dlm keadaan idle dlm tempoh 1-2minit kerana motosikal sistem sejukan cecair lambat panas ( untuk motosikal mengunakan sistem radiator )

Caliper break 
Boleh di spray dgn bahan pelincir seperti 'WD40' dekat piston 'caliper' dlm 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Di biarkan seketika, kemudian hanya di siram dengan air sabun, tidak perlu disental pun takpa ( WD40 tidak berasaskan minyak )
- Ini bagi mengelakkan piston caliper berkarat @ berhabuk dan menyebabkan jem @ oil seal bocor.
- Selain itu boleh juga di tembak angin di celah caliper tersebut.


Fork @ sepit udang 
- Kalau rajin keluar atau selalu terkena hujan ( mesti senang melekat pasir )... dekat bahagian batang krom  rajin bersihkan dan lap.
- Boleh juga dispraykan 'WD40' di bahagian batang krom.
- Dan jgn lupa, kalo basuh motor, rajin2 lap batang krom itu


Block,piston & ring 
-benda ini amat penting sekali dalam komponen enjin motosikal anda tanpa benda ini tidak akan berjalan motor anda dengan itu jaga lah ini amat penting sekali bagi motorsikal yang block nya tidak boleh di rebore cth: sp,tzm dan kips tapi xpayah lah nak percaya sangat apa yang aku taip tapi fikirkanlan

- 15K km, kita boleh tukar ring ( kalo semua ok tak jem ke apa )
- 30K km, kita boleh tukar ring ( sama )
- 50K km, kita boleh tukar piston dan ring, saiz B( sama )
- 65K km, tukar ring
- 80K km, tukar ring
- 100K km, tukar piston dan ring, saiz C
- 115K km, tukar ring
- 130K km, tukar ring
- Selagi blok ini masih elok, sebab kalau ikut kan jangka hajat sekira tiada masalah blok mcm jem, mampu bertahan lebih 150K km @ lebih 10 tahun ( hanya anggaran )
- Motor '2 Stroke', ring memang mudah haus @ berbunyi. Tak perlu ikut, sebab akan melibatkan modal, cuma pada sesiapa yang betul-betul menjaga enjin.


Radiator dan air ( untuk yang ada
- Tak kira apa sebab 'cap radiator' dibuka, sama ada nak check air atau tambah, jgn ditutup terus cap tersebut. Hidupkan enjin dan di biarkan seketika sehingga sistem penyejukan berfungsi sepenuhnya atau boleh jugak bawa pusing-pusing kejap.
- Selepas tu, andai kata air kurang boleh  ditambah dan ditutup terus cap radiator. Ini bagi tujuan mengelakkan ada ruang kosong yg tertinggal di dalam radiator menyebabkan tekanan tidak sempurna.
- 'Spare Tank', pastikan air di dlm bekas berada pada paras yg tertera. Ini memberikan ruangan kepada tekanan sistem penyejukan @ air limpah. Apabila tekanan radiator mencapai tahapnye, valve kat cap akan terbuka dan membenarkan air lebihan ke spare tank atau dr spare tank ke radiator apabila air kurang.


Rantai 
-benda yang senang nak jaga tapi ramai yang tak menitik berat pasal ini
-sembur wd40 kat rantai atau grees chain setiap 300-500km ia utk mengelakan dari sprocet cepat haus
dan menghalang dari pada cepat karat 
-tegangkan rantai bila rantai dah kendur ini utk keselamatan semasa menungang 

 sekian terima kasih ini sahaja yang dapat dikongsikan jika ada salah diharap betulkan

3 comments:

  1. bro, WD40 isnt meant to be a greasing agent. it's meant more to be a penetrating fluid. Eventhough, the can says it can be used as lube, it's inadvisable due to its low viscosity. However, it's good to completely clean the chain with WD40 (it's a good grease solvent) and washing the chain before applying grease. One other thing, WD40 doesnt play nice with O-ring seals.

    ReplyDelete
  2. klau moto 2 stroke x tuko ring....ade bwak masalh x kat moto uhhh ?

    ReplyDelete
  3. Good info.. rujukan untuk owner 2stroke yang muda.

    ReplyDelete