Tuesday, June 3, 2014

REPORT RETROMANIA MORIB 31 MEI - 1 JUN 2014

Asalamualaikum dan salam sejahtera...
 walaupun dah lewat 2 hari untuk buat report retromania morib 2014 ni tapi tak salahkan.... aku pergi hari ahad jee sebab hari sabtu aku ada kerja lain pergi pun naik honda hurricanne 110 jee sebab motor lain demam lagi takda modal nak buat.... jadi gambar dibawah ni hari ahad yeee hayati laa retro...

tu nampak tak belalang kancung aku yang tak siap

masa nak balik ni kalau tak silap
antara gen nsr 150 yg makin bertambah setiap tahun

nsr250 dari johor

yamaha rxs bersepah

geng yamaha tzm belum ramai lg

yamaha rd 125

yamaha rd/rzr 250 punya geng

yamaha tzr 3ma punya team

ni legend punya yamaha v4 500cc

kawasaki ks100

geng kawasaki KRO campur kr/victor/krz/cyclone dan macam-macam lagi

suzuki gp100

jerung yang amat ganas... suzuki phanter txr/gamma

honda hurricane yg ku impikan akan terjadi pada aku satu hari nanti


ok lah ada gambar lain nanti aku up ye  ..... heheheheh

Friday, May 23, 2014

Gambar GAF PUTRAJAYA AUTOSHOW 27/04/2014

Asalamaualaikum dan salam sejahtera....
  pada pembaca blog yg usang berhabuk ni minta maaf ye dah agak lama tak update berita terbaru
hari ni pun aku baru nak up cerita lama bulan 4 lepas apa2 enjoy lah dengan gambar yang ada...











Nama sebenar honda hurricane 110.......... dan adik beradiknya

Asalamualaikum dan salam sejahtera.......
  hari ni aku nak buat sikit coretan pasal Honda hurricane 110 ... dekat malaysia motor ni memang ketegori amat rare laaa kalau pakai pun dah uzur yg tip top payah cari.. klu yg dah cun bnyk pakai cover set honda dash 125... nak taip banyak malas plak tgk gambar yg ada ni yeee

nama kat luar honda hurricane ni honda cela
sama tak rupa si cela ni
atas ni hurricane punya base model @ asal

honda hurricane malaysia tapi kepala lampu depan dah tukar

yang ni ori hurricane cuma lusuh sebab aku punya hahahahha

ni nak selit sikit base motor sama dengan hurricane enjin pun sama tapi tak bogel
jadi kalau pergi thailand nak cari part hurricane jgn panggil hurricane sebab kat sana nama di HONDA CELA..... gambar bawah ni pula nak tunjuk HONDA TENA

ni nama dia HONDA TENA R

HONDA TENA RS

comel tak tena ni? klu tak kita tengok keturunan NOVA pula...

HONDA NOVA S


HONDA NOVA R
HONDA NOVA RS
HONDA NOVA R SP
HONDA NOVA RS SP1 ada break disc belakang

NOVA DASH RS SPI dengan spoert rim
Oklah gambar atas adalah HONDA NOVA nak kata NOVA DASH blom lg kot sebab tgk gambar dibawah pula ni baru pure HONDA DASH





ni sebagai contoh je laa nak cerita lebih aku tak tahu sebab malaysia hanya ada honda hurricane dengan honda nx jeeee..... sebelum nak habiskan pertaipan aku ni hehehehe aku nak selit gambar model HONDA SONIC 4stroke kat bawah ni.....


ni je lah coretan .... tunggu nanti coretan yang ada maybe nak update yang lama dalam simpanan

Tuesday, April 15, 2014

aku dia dan honda hurricanne (th110) ....... pakej berjalan sambil berjalan

Asalamualaikum dalam salam sejahtera pada pembaca blog yg dah bersawang ni...
  sibuk skit bulan lepas-lepas dengan majlis perkhawinan aku.. hari ni nak buat sikit coretan ride lepas khawin.. ( konon ride tapi jalan2 ikut hati je bawak isteri jalan-jalan )... perjalanan yg amat kental dengan membawa honda hurricanne yang tak servis dan mengerikan bg yang suka nak berjalan jauh hahahah ( tapi aku jalan jeee tu semua nasib dan ketentuan ) perjalanan bermula dari cheras menuju ke rawang ( lalu jalan lama ) selepas tu aku lajakkan ke tg malim dalam perjalanan hujan turun di kampung kerling.... tapi tak lama lepas tu aku sambung terus ke tanjung malim sampai tg malim solat asar bersama isteriku dan selepas tu cuba cari pau yg paling best kat tg malim tp malang hujan lebat sangat jadi aku dan isteri berteduh di sebuah perhentaian bas beratap bocor..... reda sikit ingat nak mula laa berjalan tapi motor pulak buat hal xnak hidup mungkin sejuk sangat... cuba la aku membetulkan nya 1jam juga baru leh jalan balik.... pasal dah letih sgt aku cadang nak balik KL tapi kusangkakan hujan ditengah malam rupanya kemarau melanda masa nak balik minyak motor abis pulak dah menolak dan dengan itu jadilah kisah yang aku bagi tahu isteri aku inilah dia berjalan dengan pakej berjalan penat wooo amat jauh xda sapa nak tolong pun huhuhuhuhu..... bawah ni gambar yg ada xbnyk nak tangkap hujan....

tengiling sakti sampai di rawang.....

pelepas dahaga coconut shake rawang special aku coklat dan isteriku strawberi

masjid di ulu bernam solat asar
gambar lain xdapat nak tangkap ujan lebat dan hati telalu letih......
 next time ada ride aku upkan ye gambar kasi bnyk punya....

Friday, December 27, 2013

mentadak terbaru aku Honda Ribut ( HONDA HURRICANE 110 )

Asalamaualaikum dan salam sejahtera,,,,,,,
  tengelam-tengelam timbul tu la sekarang aku nak update blog bukan malas nak update cuma tak ada masa
dan kelapangan, tapi dalam sibuk-sibuk ni sempat jugak aku tambah koleksi motor aku ( bukan motor baru pun motor lama je tapi akan dicantikan seperti baru satu hari nanti .......mungkin lepas kawin nanti kot hehehe ) dari banyak aku menaip lagi baik aku belanja sikit gambar motor aku.... ( dah peminat honda tak lari jugak ke honda .. cuma honda je xhargai aku hahahahah )




ni je lah tatapan gambar yg dapat disediakan ,,, 1 hari nanti akan bertukar wajah

Monday, December 2, 2013

Ride Mee Udang Kuala Selangor Dan Pantai Remis..... 1/12/13

Dah lama aku tak berkonvoi dan berjalan jauh dengan kawan-kawan tapi pada hari ahad 1/12/13 dapat gak aku keluar walaupun bukan dengan merah-merah delima.... heheheheh konvoi ni dengan geng2 retro TTPORT geng titiwangsa... nak taip panjang kang jemu membacakan jadi biarlah gambar menceritakan segalanya....

berkumpul di titiwangsa port sebelum bergerak

antara jentera yang pergi

menunggu tuan rumah di susur keluar tol ijok

agak-agak nak menari agogo kot hahahah

termenung merenung kelazatan mee udang
kelazatan mee udang gala special kuala selangor

tunggu air sebelum serang hahahahah

possing dulu sebelum makan
pantai remis susun motor

kuda yang ku tunggang

keindahan pantai menenang jiwa

ada family berkhemah plak kat belakang heheheheh

merenung masa hadapan dilaut heheheheheh

sesi bergambar sebelum beransur pulang

sekian sahaja lah ini sahaja report yang boleh dilakukan........ ada jugak wakil honda sebijik hahahahahha

merah-merah delima wajah baru

Asalamualaikum.. dan salam sejahtera
 sebenarnya nak up gambar yang ketegori lama bila motor aku dah siap sebagai tatapan jeee
kalau terserempak pin2 la ye,,,



ni je yg mampu tapi belum siap lagi ni sebenarnya nak touchup balik semula tunggu je lah bila masa dah tiba