Monday, October 15, 2012

Ride mengejut ke Genting Highland malam2 12/10

blog ni dah lama xupdate sebab xda masa
  tp arini nak up skit gambar ride ke genting secara tiba2 tak rancang pun ride santai lah juga walaupun ada yg nak laju nak laju pun tak leh sebab time lepas hujan hahahahahahah..............sedikit tatapan gambar dr nset kurang cun.....

RV point BHP karak sejuk woo bekabus blom lg naik
lepak dekat satu kedai di genting kat sana sejuk sgt
antara 7 jentera yang menghadirkan diri
antara rider2 yang kental
ini jelah report wat kali ni.........sekian arigato

Monday, August 27, 2012

gambar sebelum puasa dan selepas raya.....

saja nak up gambar sebelum puasa dan selepas raya sebab masa puasa blog ni besarang dah
memang xberusik langsung walaupun kerap jalan2 masa puasa......

gambar masa lepak kat mahkota cheras bersahur


nanti ada masa aku up lg pening kepala plak

rim baru motor NSR RR aku :)

Heheheh saja nak share rim baru yg akan dipakai oleh motor NSR RR aku...
 rim motor ni tetap honda punya tp tak tau jenis apa ada yang kata HONDA RS125 gp tp aku no komen lah janji aku dpt rim saiz belakang 2.75 depan 2.15 cuma disk belakang ari tu tak ada masa beli tp akhirnya jumpa disk yg sama pakai naza gtr punya disk
sedikit gambar buat tatapan......

belom cat lg
disk belakang pakai naza gtr punya
sprocket belom lagi ditempah
harap-harap bulan 9 siap bleh pakai

selamat hari raya versi mangkuk magnet aku pecah : (

asalamualaikum
sebelum aku ingin mencoretkan penulisan aku di blog ini ingin aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua rakan yang kenal atau tidak dikenali jika ada salah atau tekasar dalam blog ini.......

selepas raya ke9 ini baru ada peluang nak menaip , sebenarnya motor aku mengalami sikit masalah pada hari raya ke4 ketika balik ke kuala lumpur mangkuk coil magnet aku pecah disebabkan rantai putus semasa balik ke kuala lumpur dlm kelajuan 150/160km/j syukur dapat aku selamat dn sempat pergi ke lorong kecemasan
kat bawah ni aku selit skit gambar mangkuk yg pecah sbb nak tangkap gambar bnyk2 tgn penuh minyak hitam
baru lepas  tukar rantai baru... rantai lama selamat di highway

pecah teruna itu sahaja yg boleh dikata
  aku pakai rantai 520 tu yg lubang besar skit tp 520 pun putuskan ini dah masuk 2 kali benda ini jadi......

Thursday, July 5, 2012

Kenduri kawin ADMIN forum nsrmalaysia.com

Pada hari 1/7/2012 belangsungnya perkhawinan tuan Admin nsrmalaysia iaitu En Hafiz@castello dengan pasangannya ida walaupun kurang ramai yg join naik motorsikal tp ramai yg dtng bawak family naik keta. 
report dari aku.
12.15pm- betolak dari rumah menuju shell sg besi tunggu seorang rakan qawiem ( bekuap gak tgg panas )
12.40pm- baru nak gerak p petronas selepas tol kajang menghala putrajaya ( time ni sedih sikit visor helmet aku pecah helmet jatuh.
1.00pm- tayar golek menuju persint 9 putrajaya dimana tempat kenduri kawin
1.15pm -= mkn2 beramas mesra dan makan lg hahahahahahah
2.00pm -sambung bersembang diluar sampai pukul 3.00
3.15pm-besurai membawa diri masing2 pulang ke pangkal jalan heheheheheh


sedikit gambar sebagai tatapan

pasangan yg diraikan
antara jentera yg menghadirkan diri yg lain ada yg dah balik


gambar kenangan sebelum beransur

Wednesday, May 30, 2012

Santai Retro Malaysia RMR 2012 27/05/2012

Pada hari ahad yg lepas telah diadakan sebuah perhimpunan yang bertujuan mengumpul peminat2 motorsikal lama@klasik di Teluk Kemang Port Dickson Negeri Sembilan....
walau bagaimanapun aku kesana seorang diri kerana tidak sempat berkumpul bersama2
dalam pukul  11pg aku bertolak dari KL menuju NS samapai dsana dalam pukul 12
gambar dibawah sebagai tatapan,,,,,,,,,,,,,,

Antara geng2 NSR

Geng NSR jugak

NSR PGM 3

Tp PGM 3 pakai proarm

GENG Honda Raider,MBX dgn Hawk
GENG RXS
pelbagai warna dan jenis
yamaha TZR & TZM
RD 250
Yamaha TZR 250
RD 250
kawasaki AR80,KS100
gambar depan geng kawasaki
suzuki katana
Yamaha TZM
suzuki oldschool
terbaik punya....
rxs
Mcm NSR single R tp besar heheheh CBR

Monday, May 14, 2012

Lepak sepetang Dataran Merdeka bersama GENG RETRO RMR

Ahad 13/05/2012 aku telah diajak bersama rakan aku pergi kedataran merdeka lepak bersama geng RMR
 ( Retro Malaysia Riders ) geng2 moto lama......disebabkan moto yang aku pakai ni pun dah masuk ketegori rare jadi aku pun join lah sekali.........gambar dibawah sebagai tatapan

Antara jentera yg hadir
NSR 150 R kepunyaan aku
Antara yang rare
sekian sahaja coretan saya