Tuesday, April 19, 2011

Juara ketegori 250cc mengunakan HONDA NSR250cc

Semalam aku telah taip kan di blog aku berkenaan pelumba motosikal yang menjuarai perlumbaan
  dalam kategori 500cc mengunakan NSR500 hari ini aku akan taip kan untuk kategori 250cc yang menjuarai
perlumbaan dunia dan mengunakan NSR250.

1- Anton Mang - Pelumba dari Jerman menyertai dari kategori 125cc,250cc dan 350cc dan banyak pasukan telah disertainya. dia memenangi perlumbaan dunia keseluruhan mengunakan NSR250 pada tahun 1987 sahaja.

Anton ( Toni ) Mang
Anton Mang mengunakan NO 5
2- Freddie Spencer- Sebenarnya pada tahun 1985 Freddie Spencer menyertai dua kategori iaitu 250cc dan 500cc mengunakan NSR250 dan NSR500 dan memenangi juara keseluruhan dua-dua peringkat

Freddie Spencer

NSR250 NO19 Freddi Spencer
3- Sito Pons - Pelumba dari Sepanyol yang pernah memenangi 2 kali kejuaraan dunia keseluruhan pada tahun 1988 dan 1989 mengunakan NSR250 dalam pasukan Campsa Honda

Sito Pons
Sito Pons Champsa Honda
4- Luca Caladora - Pelumba Itali yang berpontesi cuma tidak menyerlah pada kategori 500cc tetapi kategori 250cc dia yang menunggang NSR250 memenangi 2 kali berturut-turut pada tahun 1991 dan 1992 bersama pasukan ROTHMANS HONDA NSR250.

Wajah Luca Caladora
L.Caladora beraksi
5- Max Biaggi - Seorang lagi pemandu Itali walau pun dalam penyertaannya dalam pasukan Honda tidak berapa bersinar dalam kategori 250cc semasa menyertai Aprilia yang memenangi 3 berbanding Honda hanya 1 kali pada tahun 1997. Max Biaggi juga pernah mengunakan NSR500 walau pun sekali dia mendapat tempat kedua keseluruhan pada tahun 1998

Max Biaggi
NSR250 MARLBORO M.BIAGGI
6- Daijiro Kato - Pelumba Jepun yang dalam kenangan apabila maut pada tahun 2003 di litar negaranya sendiri suzuka jepun walaupun sinarnya sebagai pelumba Asia baru menyinar tetapi malang menimpa Daijiro. memenangi kategori 250cc pada tahun 2001 dan Honda adalah satu pasukan yang di sertai Daijiro dari tahun 1996-2003
Daijiro Kato 1976-2003 in memori
No74 Daijiro Kato

sampai di sini sahaja Juara Moto 2 yang mengunakan NSR250 akan datang kita akan kenali siapa pula pelumba NSR yang tidak berapa menyinar.

No comments:

Post a Comment