Thursday, April 14, 2011

SEJARAH LAGENDA MOTOGP 500 HONDA NSR MICK DOOHAN

  Mick Doohan Lagenda Motogp dalam ketegori 2stroke sebelum ketegori 4stroke diperkenal kan.
Mick Doohan sememangnya dikenali dengan Honda NSR500 dengan 5 kejuaraan dan amat diminati ramai sebelum Valentino Rossi yang bermula pada tahun 2000 menyertai motogp.
    Mick Doohan dilahirkan di Bisbane, Australia pada 4 Jun 1965 . Dohan memulakan karier sebagai
pelumba motosikal Australia superbikes pada awal tahun 80an dan pernah memenangi Superbike World Championship di Oran Park Narellan, New South Wales pada tahun 1988.
  Mick Doohan memulakan karier pertama dalam Motogp pada tahun 1989. mengunakan motosikal Honda NSR500 dan bergandingan bersama Wayne Gardner pada tahun 1991 mengunakan motosikal Honda RVF750 untuk pertandingan endurance race  suzuka  8 jam dan memenanginya.

HONDA RVF750 Wayne Gardner
  Doohan pada awal  tahun 90an  sudah mulanya menampakan  untuk memenangi  kejohanan pertama dunia bagi kelas motogp tetapi pada tahun 1992 tetapi Doohan telah telibat dalam kemalangan menyebabkan dia cedera parah semasa berlatih di litar TT Belanda. akibat kemalangan yang berlaku Doohan mengalami kecederaan yang teruk pada kaki kanannya dan mengalami komplikasi perubatan peringkat satu dan perlu berehat selama 8 minggu sebelum kembali beraksi walupun pada ketika itu dia sudah melebihi mata yang dikumpulkan dalam perlumbaan sebanyak 65 mata.  setelah kembali pulih dari kecederaan Mick Doohan kembali beraksi untuk dua pelumba terakhir tetapi tidak dapat mencabar kemampuan Wainey Rainey dari pasukan Yamaha yang memenangi 3 kali kejuaraan.

Wainey Rainey
   Bermula tahun 1993  Mick Doohan yang masih lagi mencari rentak dan stamina dari
kecederaan yang belum berapa pulih tetapi akhirnya pada tahun 1994 Mick Doohan akhirnya berjaya memenangi perlumbaan 1 dalam motogp dan terus meneruskan reputasinya sehingga tahun 1998. pada tahun 1997 adalah tahun kegemilangannya kerana memenangi 12 perlumbaan dari 15 perlumbaan yang diadakan
dan mendapat tempat kedua dalam dua perlumbaan dan satu dia terjatuh pada akhir perlumbaan moto gp.



Mick Doohan 1997
 Pada jun 1996 Mick Doohan telah diistiharkan sebagai MEMBER OF THE ORDER OF AUSTRALIA
di atas sumbanganya didalam sukan pemotoran Australia.

  Salah satu pekara yang menarik tentang Mick Doohan adalah tentang gaya dia menunggang dan motorsikalnya, kerana dia mengunakan brek tangan untuk mengendali kan brek belakang ini disebabkan kemalangan yang pernah menimpanya pada tahun 1992 dan sistem itu dicipta pada tahun 1993 untuk dia pada mulanya.dan ada beberapa orang telah mengulas sistem yang ada memberi kelebihan kepada Doohan untuk mengunakan berak belakang ( antara yang mengunakan juga sistem ini adalah Troy Coser dan Miguel Du Hamel kerana kaki kanan kurang upaya kerana kemalangan  )

Gaya Mick Doohan


Skill yang ditunjukan

   Dan pada tahun 1999 adalah tahun akhir Mick Doohan selepas terbabit dalam kemalangan di litar
Sepanyol bagi sesi kelayakan dan menyebabkan kaki nya patah beberapa tempat dengan itu dia mengumumkan pengundurannya dalam pelumbaan motogp 500cc masa itu. selepas besara dalam dunia perlumbaan,  Mick Doohan telah menjadi chief engineer bagi masa itu pelumba baru yang popular sekarang Valentino Rossi.  dan dia juga menjadi penasihat Honda Grand Prix Race sehingga tahun 2004.

Mick Doohan dan Valentino Rossi 2001
  sekarang nampaknya pengantinya telah ada antaranya yang di perkatakan Casey Stoner yang
juga berasal dari AUSTRALIA...

Casey Stoner GP AUSTRALIA 2009

No comments:

Post a Comment