Hari jumaat lepas adalah titik hitam bagi aku kerana telibat dalam kemalangan kemalangan yang menyebabkan aku dimasukan ke hospital. sakit jangan dikatalah hanya Allah sahaja yang tahu.
kemalangan terjadi semasa aku hendak pergi kerja dekat Putrajaya. sepanjang perjalanan semua keadaan
elok sahaja tetapi di satu selekoh putrajaya yang menuju persint 2 rupanya ada minyak dijalan. aku yang mebawa motor dalam kelajuan 100-120km/j tidak dapat mengelak dan tayar depan aku mengelepar dan aku tidak dapat mengawalnya dan tayar belakang aku telah tegelincir.
aku jatuh amat jauh dari masuk simpang hingga keluar dan motosikal ku hancur sebelah kanan.
tetapi aku bersyukur kerana aku selamat dan pakaian menungang aku dikirakan lengkap.
mungkin selepas ini lambat idea aku untuk update blog ini kerana kos yang diperlukan untuk membaiki motor
adalah RM1000 segala aktiviti pemotoran akan diberhentikan sementara
bro, u ok?
ReplyDeletenot so ok
ReplyDeletenasib baik x apa2 bro... bro bila Free ek?? aku nak minta cek moto la.. bleh X??
ReplyDeleteset laa hari apa nak jumpa ni pun sibuk skit buat balik moto
ReplyDelete