Monday, January 24, 2011

Coretan ku Jln K. Klawang dan Bukit Tinggi kepada rakan-rakan

Asalamaualaikum semua dan salam sejahtera dah lama rasenye tak update blog aku yang tak seberapa ni sebab biasa la, komputer pun tak ada dekat rumah
jadi pakai komputer pejabat je lah  itu kalau ada masa dan kerja tak banyak...:)

  Hari  ini sebenarnya aku hanya nak menceritakan dan memberi pendapat aku kepada semua penunggang
motorsikal  yang suka pergi ke kuala klawang dan bukit tinggi kerana dulu aku ni seorang yang suka pergi ke k.klawang. dan aku menulis coretan ini kerana ada rakan-rakan bertanya seronok ke main moto dekat k.klawang dengan b.tinggi? bagi aku ini je jawapan yang aku boleh bagi kedua-dua tempat ini, seronok jika kita pergi sana untuk menikmati keindahan alam dan berjalan-jalan bersama rakan-rakan dan sana bukan lah tempat untuk menguji kehebatan, kelajuan, dan skill koner masing-masing sebab ia adalah jalan raya..

 Paling  yang aku terkilan adalah  aku terdengar dari mulut rakan-rakan ada yang membuat kelas belajar koner ditempat sebegitu rupa adakah ini waras atau sudah tidak tahu befikir mengunakan akal yang indah diberikan oleh allah? apakah motif yang ingin disampaikan adakah untuk nama atau pun satu kewajiban dlm belajar penunggangan motorsikal? sedang kan kawasan kononya ingin dijadikan sebagai kelas adalah jalan raya digunakan pelbagai jenis kenderaan, permukaan jalan tidak rata, pasir betabur ditepi jalan dan benda-benda yang belom tentu kita ketahui seperti minyak diatas jalan dan macam-macam lagi.

 Perlu kita beringat bahawa nyawa kita tidak lah lama jangan nak persiakan dengan benda-benda sebegitu 
jangan terlalu taksub dengan koner dan kelajuan ditempat yang tidak sepatutnya kerana ia akan memakan diri sendiri. aku ingin selit kan 1 contoh: seseorang rakan telah mengajak anda pegi ke mana-mana tempat atau pon kawasan bebukit utk belajar koner anda pergi tetapi malang tidak berbau rakan anda kemalangan maut
adakah anda sanggup melaporkan kematian kawan anda kepada ibu bapanya atau pon jika kawan anda sudah berumah tangga adakah anda sanggup memberitahu isterinya yang suaminya meninggal kerana belajar koner di jalan raya? atau pon anda hendak menipu dia tebabit kemalangan kerana kesalahan orang lain? sedangkan anda membuat kelas di jalan raya.

 Kepada sesiapa yang membaca coretan ini terasa atau berdendam aku mintak maaf banyak-banyak
kerana kita manusia makin lama makin tua dan fikirkan lah berapa baki umur yang tinggal kerana kita xkan tahu berapa yang tinggal. dan ingatlah kepada keluarga masing-masing ............DAN PERKARA YANG PALING TIDAK AKU MINATI ADALAH MENDENGAR PERKABARAN KEMATIAN RAKAN-RAKAN DI KAWASAN TERSEBUT KERANA BANYAK TELAH AKU DENGARI DARI YANG AKU  KENAL HINGGA TIDAK KENAL . walaupun ada yang mengatakan sudah ajal tetapi janganlah ajal itu dicari sendiri............. SEKIAN TERIMA KASIH


  

No comments:

Post a Comment