Thursday, June 4, 2015

tunggangan baru yamaha tzm....

Asalamualaikum dan salam sejahtera
  apakhabar semua moga sihat dan dirahmati selalu ... tajuk blog aku kali ini dalam bulan 6 adalah tentang yamaha tzm 150. tzm ni baru je aku pakai tak sampai 2 bulan,, kenapa aku nak pakai tzm sebab nak merasa kelainan sesuatu motor yg digunakan dalam ketegori 150cc ... kelebihan tzm ni bagi aku adalah posisi menunggang yang amat selesa dan powervalve jika dalam keadaan elok pecutan dia amat dirasai ... cuma kalau powervalve bermasalah termenung jugak ... ok lah dari banyak aku menaip aku up gambar baby baru aku ni yamaha tzm 150



nak letak gambar banyak-banyak tak jumpa pulak dalam memori handphone ni jd nanti je lah nanti kalau berjalan-jalan aku update bawah gambar hiasan melepak pakai nsr

Monday, February 16, 2015

perkhabaran motor ku...

asalamualaikum dan salam sejahtera pada semua yang membaca blog ni yg dah lama bersawang tahap dewata raya..
  ok lah buat masa sekarang aku amat sibuk dan kurang kemampuan nak bela sngat motor aku ni cuma ada masa sikit-sikit je aku repair .. nsr rr masih ok berjalan nsr r sadai lg.. letih gak nak fikir ni tapi ni je lah pekhabaran yang ada dari blog ni senyap ada gak gambar boleh diselit..
kuda merah dah boleh jalan-jalan

abang dia makin sedih tunggu modal buat rawatan

tukar monoshock

macam ni je lah mampu ingat ada rezeki tukar wajah baru
..

Thursday, September 25, 2014

Siap je lepak dataran merdeka join retro.... ada autoshow pulak

ni nak selit gambar selepas moto honda hurricane yang dijadikan cela L siap sepenuhnya...
  kira nampak lengkap lah tapi tetap tak puas lagi biarlah gambar berbicara
spray mudguard dulu

kasi setting

dan ni lah hasilnya
terselit atra yang retro

yang besar kurang turun

masa lepak ni ada autoshow dekat dataran jadi sempat la jugak aku pergi ambil gambar

ketegori exzos berapi-rapi

antara kereta yang masuk pertandingan

Ride kenduri khawin titiwangsa....

nak up skit gambar masa ride khawin seorang sahabat dekat titiwangsa..
aku pergi naik honda cela l aku je yang lain ramai naik motor tank didepan aku je tank bawah tempat duduk

pengantin yang diraikan

jentera yang aku bawa

antara retro yang hadir

bersiap pulang

Friday, September 5, 2014

Kembali semula......... coretan aku bersama motor ku....

Asalamualaikum dan salam sejahtera ...
  rasa dah berbulan tau update cerita baru dalam blog ni mungkin ada yang dah tak ikut atau pun lupa pasal blog ni .... bukan tak nak update cuma handset rosak tak boleh on jadi tiada kamera nak tangkap gambar apa-apa projek jadi sekarang aku nak cuba rangkumkan segala benda yang aku buat...
pertama nak cerita pasal nsr 150rr aku yg sekarang sudah kembali kepada dua seat sebab isteri nak naik jadi buat balik lah dengan alasan baby nak merasa.... tgk gambar kat bawah ni ok tak ?


 skang ada problem skit ada perasan kebocoran kecil di tangki... kalau sesiapa nak jual tank nsr rr kasi roger2 la yeeee

ok lah dibawah ni  projek kedua aku honda hurricane yang diubah sedikit menjadi honda cela L 110 .. sparepart susah nak dapat ni pun dah kumpul 3 bulan barang baru dapat macam ni sekarang tinggal nak pasang bajak dan mudguard belum dapat lagi...



buat masa sekarang ini je mampu aku buat nak cari modal nak buat honda nsr 150 r aku pula dengan kawasaki ar80 yg lama tersadai....

Tuesday, June 3, 2014

REPORT RETROMANIA MORIB 31 MEI - 1 JUN 2014

Asalamualaikum dan salam sejahtera...
 walaupun dah lewat 2 hari untuk buat report retromania morib 2014 ni tapi tak salahkan.... aku pergi hari ahad jee sebab hari sabtu aku ada kerja lain pergi pun naik honda hurricanne 110 jee sebab motor lain demam lagi takda modal nak buat.... jadi gambar dibawah ni hari ahad yeee hayati laa retro...

tu nampak tak belalang kancung aku yang tak siap

masa nak balik ni kalau tak silap
antara gen nsr 150 yg makin bertambah setiap tahun

nsr250 dari johor

yamaha rxs bersepah

geng yamaha tzm belum ramai lg

yamaha rd 125

yamaha rd/rzr 250 punya geng

yamaha tzr 3ma punya team

ni legend punya yamaha v4 500cc

kawasaki ks100

geng kawasaki KRO campur kr/victor/krz/cyclone dan macam-macam lagi

suzuki gp100

jerung yang amat ganas... suzuki phanter txr/gamma

honda hurricane yg ku impikan akan terjadi pada aku satu hari nanti


ok lah ada gambar lain nanti aku up ye  ..... heheheheh

Friday, May 23, 2014

Gambar GAF PUTRAJAYA AUTOSHOW 27/04/2014

Asalamaualaikum dan salam sejahtera....
  pada pembaca blog yg usang berhabuk ni minta maaf ye dah agak lama tak update berita terbaru
hari ni pun aku baru nak up cerita lama bulan 4 lepas apa2 enjoy lah dengan gambar yang ada...