Wednesday, October 31, 2012

Hadiah cabutan bertuah aku AR80

Hari ni baru aku dapat tgk mcm mana rupa motor cabutan bertuah retro aku masa bikeweek hari tu
 kawasaki AR80..... tapi dalam hati takut plak nak pakai sebab dengar part mahal adoiii Pakai NSR lagi tenang macam ni pe2 pun hadiah cabutan betuah kan terima je laa sapa nak kasi besyukur mana la taw masa mendatang dapat CBR1000 ke hahahaha............ni gambar sekeping utk tatapan.

motor ni baru cat......
harap dapat wat mcm ni pun cantik kan....

Monday, October 29, 2012

Bikeweek Titiwangsa 27/28 Part 2

Bahagian 2 sudah keluar....... : )
 bahagian kedua ni adalah hari terbaik bagi aku dalam Bikeweek tahun ni kat Titiwangsa walaupun bahagian 1 suram tp pasal bahgian pertama aku mendaftar untuk cabutan bertuah dan aku menang sebijik motor retro iaitu Kawasaki AR80 tp gambar tak ada buat masa sekarang sebab moto ada dikedai motor dekat melaka jadi kena tunggu hujumg bulan 11 baru dihantar tapi apa2 pun aku besyukur
gambar dibawah sebagai tatapan dan kebiasaan kalau datang KL mesti lepak Dataran Merdeka
3 bijik NSR sebagai wakil yang lain NO komen

banyak model xtahu nak ckap

rxk yang rare

cantik tuuuuu

vt250r terbaik

kilat wooo suzuki gs500

dah petang ada SP sebijik

lepak di dataran

yamaha peneraju utama honda ada 2 kerat jeee

Patung cebderahati pemenang AR80

aku xtaw komen pe dah

Titiwangsa Bikeweek 2012 27/28 Part 1

Asalamualaikum dan salam sejahtera......
hari ni aku nak up skit aktiviti pada 27/10/12 Ada bikeweek Titiwangsa part 1 hari pertma ni amat suram yelah mula pada pukul 3 petang dan dalam pukul 5 petang dah mula hujan jadi xda sambutan sangat
sedikit gambar pada bikeweek titiwangsa 27/10/12
yang 28/10/12 tunggu part 2 yeeee tap gambar hari pertama ni aku selitkan sekali aku meronda dengan kawan aku yang pakai NSR juga


Masa mula2 sampai pukul 3 xramai org langsung


Ujan turun......


Bosan punya pasal aku dan kawan aku pergi Dataran Merdeka
 Part 2 adalah bahgian menarik jadi tunggu yeeee

Monday, October 22, 2012

Ride Motogp 2012 Sepang malaysia

pada 21/10/2010 Motogp 2012 Malaysia telah dimulakan... asalnya aku taknak pergi sebab bajet nak pergi sana kurang tapi dapat plak tiket free jadi laaa kan....tahun ni bagi aku pelumbaan motogp adalah terbaik kerana dalam ketegori moto2 dan moto3 pelumba malaysia dapat podium dan pelumba wildcard hafiz sharin yang bermula dari petak 27 dapat no 4.......
ride kesana terbahagi kepada dua ada yg pergi grandstand manakala ada yg pergi F grandstand tempat dimana boleh nampak pelumba motogp bnyk jatuh sebab trek basah kerana hujan
bawah ni sedikit gambar sebagai tatapan.................

Tiket aku


paking dekat repsol
masa bermula moto3 zulfahmi no2
dalam hujan pun baring tuuuuu
gambar lain jap lg up bnyk sgt gambar

Tuesday, October 16, 2012

Xpax pleaseeee pimp my ride............

apakhabar semua yang baca blog saya ni
hari ni aku taip entry berkaitan promosi celcom ni Whatchuwant menarik wooo bila baca paling syok kalau dapat nak pimps my ride alangkah indah jika motorsikal aku dapat buat mcm mana aku inginkan dapat sekali dalam hidup pun jadi lah kan pada rakan yang nak join baca kat bawah ni......

Hanya 7 hari lagi Nuffnangers! 7 hari lagi untuk anda rebut peluang memiliki kenderaan impian anda dengan peraduan Whatchuwant Pimp My Ride dari Xpax. Satu Nuffnanger yang bertuah akan dapat menikmati pengubahsuaian kereta atau motosikal ala stail MTV! Bukan itu sahaja, 10 penyertaan seterusnya akan dapat wang hadiah berjumlah RM200!
Bayangkan kenderaan anda yang telah diubahsuai sepenuhnya. Rim baru, warna yang menarik, sound system yang hebat dan paling penting, pengubahsuaian ini dilakukan secara percuma khas untuk pengguna Xpax dan kini ditawarkan untuk anda juga!

Hanya satu blog entri sahaja diperlukan untuk melayakkan diri anda untuk peluang memenangi peraduan Whatchuwant Pimp My Ride!
Bukan setakat itu sahaja, pemenang peraduan ini juga akan berpeluang untuk muncul dalam program MTV Pimp My Ride Malaysia yang akan disiarkan buat pertama kalinya di televisyen seluruh Asia!
Cara untuk menyertai peraduan Whatchuwant Pimp My Ride:
1. Kongsi maklumat-maklumat kempen Whatchuwant Xpax termasuk hadiah gajet bernilai RM10,000 dengan pembaca Xpax anda.
2. Kongsi bersama pembaca anda tentang “Pimp My Ride” khas untuk pengguna Xpax
3. Berkongsi dengan kami serba sedikit tentang kenderaan anda! – Jangan lupa letakkan gambar sekali ya!
4. Beritahu kami, jika anda berpeluang untuk mengubahsuai kereta atau motosikal anda, apakah yang akan anda lakukan? Jangan lupa sertakan gambar-gambar kenderaan impian anda!
5. Lengkapi kesemua di atas dan beritahu kami kenapa Nuffnang dan Xpax harus memilih entri blog anda sebagai pemenang peraduan ini. : D
6. Isikan butir-butir anda dalam borang di bawah! Itu saja!
Thank you for submitting your entry! Good luck! ;)
Jadi tunggu apa lagi Nuffnangers? Inilah masanya untuk anda untuk memiliki kenderaan idaman anda! Cepat! Peraduan berakhir 12.00pm, 21 Oktober 2012 (Ahad).
Sila klik di sini untuk Terma dan Syarat penuh.
 
 
aku sebenar mengharapkan motorsikal aku di pimp my ride sebab nak buat modal bukan sikit 
antara yang cuba tenguk motor aku skang


aku mengharapkan motor aku bleh jadi mcm ni satu hari nanti 
bukan cc kelajuannya tapi rupa dibawah ini perghhhhh klu dapat xtido malam aku




xpax help me pimp my ride..............

Monday, October 15, 2012

Ride mengejut ke Genting Highland malam2 12/10

blog ni dah lama xupdate sebab xda masa
  tp arini nak up skit gambar ride ke genting secara tiba2 tak rancang pun ride santai lah juga walaupun ada yg nak laju nak laju pun tak leh sebab time lepas hujan hahahahahahah..............sedikit tatapan gambar dr nset kurang cun.....

RV point BHP karak sejuk woo bekabus blom lg naik
lepak dekat satu kedai di genting kat sana sejuk sgt
antara 7 jentera yang menghadirkan diri
antara rider2 yang kental
ini jelah report wat kali ni.........sekian arigato