Tuesday, March 29, 2011

ride tak kesampaian........... sg tekali...........29/03/2011

Pada 29/03/2011 telah diadakan ride ke sungai tekali tetapi apa kan daya aku hanya sampai dipetengahan jalan
 sahaja kerana motor aku mempunyai masalah kompresion rendah dan bila hendak start motor aku hendak ditolak dan tidak boleh mengunakan kick starter,,,,,,,,,,,,,
bawah antara gambar untuk tatapan............
ada 11 peserta yang ada

NASIB MALANG HANTAR PUN DEKAT KEDAI MALANG PENIPU KUAT
TEMPAT YANG HENDAK DITUJU

walaupun motor dijaga rapi nak rosak tetap akan rosak :(

Monday, March 28, 2011

PILIH KECIK SAMPAI KEBESAR.................( MOTOSIKAL)

Hari ini sengaja aku taip tajuk ini bukan apa cuma untuk mengingat kan para-para bikers yang baru untuk
  berjinak dalam dunia permotoran...
bagi yang kurang berkemampuan selalunya mereka akan bermula dari motosikal yang mempunyai cc yang kecil kerana tidak berkemampuan untuk upgred ke cc yang terus besar, tetapi bagi yang mempunyai wang yang besar
kenderaan ber cc besar terus menjadi pilihan.
  tetapi perlu diingat kepada yang ingin memiliki cc yang besar belajar lah dari yang cc yang lebih kecil.
kerana kuasa motosikal amat berbeza, dan paling utama jangan lah malu memiliki motosikal yang kecil kerana anda berkemampuan, biarlah apa yang nak dikata tetapi tidak salah belajar dahulu sebagai contoh kita manusia
lahir-lahir semua tidak dapat terus berjalan dan berlari semua perlu belajar dari menerap,merangkak dan seterusnya sehingga dapat berlari...
  dan motosikal ber cc besar bukan lah untuk menunjukkan kemegahan dan menunjukkan kelajuan
tetapi ia adalah satu cara supaya kita dapat mendisplinkan diri dalam pemanduan, ini disebabkan makin tinggi kuasa motosikal makin tinggi disiplin supaya ia tidak menyusahkan pemandu lain yang mengunakan jalan raya.
  sedangkan jika anda peminat motogp sekali pun mesti tahu semua pelumba valentino rossi.
dia pun bermula dari cc 125 sehingga lah sampai ke taraf motogp jadi jangan lah malu jika anda berkemampuan belajar motosikal dari cc kecil...........

permulaan V.ROSSI bersama APRILIA 125CC

V.ROSSI bersama dengan APRILIA 250cc
ZAMAN kegemilangan V.ROSSI NSR500cc

V.ROSSI dengan pasukan YAMAHA

dan yang terbaru 2011 bersama DUCATI
atas ni V.ROSSI..............
bawah pulak jenis motosikal AKU 

HONDA EX5 motorsikal petama aku dari tahun 1996-sekarang masih berbakti membawa aku pergi kerja
HONDA EX5
HONDA NSR150RR dari tahun 2008 hingga sekarang
gambar zaman dahulu

Thursday, March 24, 2011

Pemilihan RANTAI motorsikal NSR150RR ...................

Semua pengguna dan penunggang motor tahu apa itu rantai motosikal...
  kalau tak tahu pelik juga, sebab rantai motosikal adalah benda akhir yang membolehkan ia mengerakkan motosikal yang mengunakan rantai tidak seperti skuter guna bell. jadi bagi pengguna motosikal aku nak kongsi pengalaman aku yang pernah tukar rantai motosikal...
  rantai motosikal ini ada banyak saiz antaranya: 415, 420, 428, 520, 525 dan 530,
rantai ini mempunyai saiz kerana motorsika pun mempunyai saiz bebeza dan kuasa yang berlainan
dengan itu rantai pun sama bagi rantai 420 dan 428 kebanyakan nya digunakan oleh motor-motor kecil
yang dipanggil motor cub atau pun moped. rantai yang bermula saiz dari 428.520 selalunya digunakan oleh motor yang kuasa yang lebih besar sedikit, manakala 520,525 dan 530 digunakan oleh moto yang lebih besar (superbike).tetapi rantai 415 juga selalu digunakan menjadi rantai pilihan dalam perlumbaan bagi kategori cc 150 ke bawah

  sebelum lebih lanjut ingin diterang kan setiap rantai motosikal mempunyai kod tersendiri
bagi kualiti masing-masing;

 kod bagi rantai RK
sebagai contoh rantai RK

1- Standart Chain ( rantai biasa ) = 420SB, 428SB. 520, 525, 530
2- Heavy Duty Chain ( lebih tahan ) = 520HSB, 525HSB,530HSB
3- Racing Chain ( pelumbaan ) = 415HSB
4- Seal Chain ( O-ring ) = 428KRO, 520KRO, 525XSO, 530XSO, GB520XSO, GB525XSO,  
                                             GB530XSOZ1, GB530GSW....
kod bagi rantai RK M

contoh rantai RK M

1-STANDARD CHA1-IN    = 420,428,420SB,428SB
2-HEAVY DUTY CHAIN   =  428H,428HSB
3-RACING CHAIN  =   GR415HSBT
  kod bagi rantai SSS
contoh rantai SSS
1-STANDARD CHAIN  =    420, 428, 520K, 525K, 530K
2-HEAVY DUTY CHAIN  =    428HK, 520HK, 525HK, 530HK
3-RACING CHAIN  =    GR415HSBT, GS415HSB, 520HCR

  bagi kepada pengguna motosikal HONDA NSR 150R/RR pilihan rantai amat lah penting kerana ia bagi menjamin keselesaan perjalanan standard kilang HONDA NSR150R/RR telah memberikan rantai bersaiz 520.  rantai 520 digunakan kerana ia lebih tahan dan penggunaan rantai 520 boleh 2 kali digunakan jika mengunakan O-ring lebih lagi pun boleh ( itu pun jika rantai dijaga elok ). tetapi rantai 520 lebih mahal harganya jadi sebagai peganti 428 digunakan tetapi jika mengunakan 428 guna lah rantai yang lebih elok sedikit janganlah terlalu kedekut kerana perlu diingatkan rantai 520 pun boleh putus inikan 428...............semua ini hasil dari pemerhatian pengalaman dan sumber-sumber pasti.........sekian terima kasih

Wednesday, March 23, 2011

Antara Honda CBR 250r dan Kawasaki ZX250 R.........MANA SATU PILIHAN KU

Baiklah hari ini aku nak menceritakan sedikit apa akan aku pilih di antara dua jenis motor ini...
 kerana ada antara rakan-rakan bertanya mana aku akan pilih kalau diberi peluang. sebenarnya mereka
yang nak beli, tetapi mereka serba salah memilihnya kerana ia mempunyai cici-ciri yang berbeza antara satu sama, dan ragu-ragu untuk memilihnya kerana CBR250R single PISTON manakala ZX250R 2inline....

bawah ini gambar motosikal tersebut.......

HONDA CBR250R
KAWASAKI ZX250R

Bagi aku kedua-dua ini cantik tapi dua-dua ini bukan lah ciri aku minati kerana bentuk dan gaya adalah
TOURING BIKE tidak seperti dulu, tetapi ia sesuai untuk digunakan kerana tidak perlu membongkok seperti superbike jadi tak lenguh/sakit pinggang
  dibawah gambar CBR250 dan KAWASAKI ZX250 yang posisi lebih menarik keluaran dahulu

HONDA CBR250

KAWASAKI ZXR250
Kembali mana satu aku akan pilih...
 jika diikutkan hati aku memang peminat Honda tetapi bagi pada situasi lain pula dari segi penjagaan aku
akan pilih kawasaki ini di Malaysia kerana Kawasaki di Malaysia ini lebih kedepan berbanding Honda di Malaysia dari pekara seperti sparepart dan pekara-pekara lain, jika dilihat kenapa aku memilih Kawasaki ZX250R dari CBR250R ini kerana Kawasaki telah mengeluarkan pelbagai model 250 yang masuk di Malaysia dan di antaranya enjin nya sama dengan model ZX250R antaranya
1-Kawasaki ZZR250
2-Kawasaki ELIMINATOR 250
jadi nampaknya tiada masalah hendak difikirkan sparepart motosikal tersebut kerana ia boleh dikacukkan
     Tidak seperti Honda tiada model yang hampir sama dengan model CBR250R..........walau bagaimana
pun ciri-ciri terbaru CBR250R amat menarik dan ini juga bagi menarik ramai lagi pesaing mengeluarkan
enjin single selinder ( jenis enjin yang akan digunakan dalam moto 1 motogp bagi mengantikan ketegori 125cc) tetapi masa panjang mungkin aku berani pakai cuma waktu terdekat kena lah fikir sebaik-baiknya kerana harga motor jika hanya ratus ringgit boleh beli, ini puluh ribu....
  Jadi kepada rakan-rakan aku yang nak ambil motosikal ini tepuk dada tanya selera kemudian tengok poket
tiada duit nak beli apa kan..... dan lagi satu pekara yang penting membeli motosikal bukan semata-mata untuk kelajuan ia juga tanggung jawab untuk menjaganya..........sekian ini sajalah pendapat aku

Tuesday, March 22, 2011

SENARAI HARGA SPARE PART NSR 150RR ( UNOFFICIAL )

Saja up kan harga NSR 150RR tapi ( unofficial ) tak menentu ikut tempat mungkin ada yang lebih murah atau pun lebih mahal sebab harga barang pun tidak menentu...........




Item
Price
Locations
Chain DID (428)
RM100.00
NKS, Sentul
Chain RK-M biasa(428)
RM25.00
NKS, Sentul
Chain RK-M tebal(428)
RM38
NKS, Sentul
Chain NGK (428)
RM30
NKS, Sentul
Chain ENERGY ( 428 )
RM15.00
NKS, Sentul
Chain RK-M ( 520 )
RM60.00
NKS, Sentul
Chain RK o-ring ( 520 )
RM180.00
NKS, Sentul
Spoket depan ( 520/428
RM8-RM15
NKS, Sentul
Spoket belakang ( 520 )
RM45-RM60
NKS, Sentul
Cover Set depan RR ( kepala )
RM80.00
NKS, Sentul
Cover Set tengah kiri kanan RR
RM 60-RM75
NKS, Sentul
Cover set bawah RR ( sampan )
RM135.00-RM150.00
NKS, Sentul
Civer set belakang kiri kanan
RM90.00-RM100.00
NKS, Sentul
Honda NSR150-RR head lamp
RM60.00
NKS, Sentul
Front brake pad brand Ferodo
RM20.00
NKS, Sentul
Front Fender
RM20.00
NKS, Sentul
Gear Lever + Bosskit
RM26.00
NKS, Sentul
Hub Bush local 1x
RM8.00
Ren hup kajang
Hub Bush Japan 1x
RM18.00
Ren hup kajang
Hub Bush Ori 1x
RM30.00
Ren hup kajang
Piston Ring standart saiz
RM3+.00
NKS, Sentul
Pin Bearing
RM5.00
NKS, Sentul
PV Special Tool
RM30.00
NKS, Sentul
AHM Mufler
RM50.00-RM75.00
NKS, Sentul
AHM Full system exzos
RM380.00
NKS, Sentul
YY PANG Mufler
RM80
Shah Alam
PDK Mufler
RM35.00
NKS, Sentul
Rectifier local
RM30.00
NKS, Sentul
Rectifier OEM
RM60.00
NKS, Sentul
Rectifier Ori
RM120.00
NKS, Sentul
Spark Plug NGK BP8ES
RM10.00
NKS, Sentul
Top-Set R
RM12.00
NKS, Sentul
tayar DURO dpn 90/80/17
RM75.00
NKS, Sentul
tayar DURO blkg 100/90/18
RM120.00
NKS, Sentul
Metzeler ME1 100/90 18 (rear)
RM165
NKS, Sentul
Pirelli MT65 100/90 18 (rear) ::
RM140
NKS, Sentul
Tayar Kenda 110/70/17
RM140
NKS, Sentul
Tayar Firelli 110/80/18
RM80.00
NKS, Sentul
Tayar Excella 110/80/18
RM2++.00
NKS, Sentul
Tayar Kenda 110/80/18
RM80.00
NKS, Sentul
Tayar MiCHELLIN 110/80/18
RM160.00
NKS, Sentul
Tayar MiCHELLIN 80/90/17
RM120
NKS, Sentul
Petronas SPRINTA SX 4t
RM25
Petrol Pum
Petronas SPRINTA SX 2t
RM23.00
Petrol Pum
Shell 4T VSX
RM25.00
NKS, Sentul
Shell 2T VSX
RM20.00
NKS, Sentul
Footrest Racingboy
RM160.00
NKS, Sentul











ok la sekian terima kasih atas ni bukan harga tetap pun angaran-angaran saja sebab pernah beli sikit-sikit dan ini sekadar panduan jgn kene tipu sangat contoh: 
nak beli tayar harga biasa RM50 tak kan bleh jadi RM100 kan tak masuk akal sekian harap maaf kalau ada salah

Monday, March 21, 2011

RIDE HUJUNG MINGGU.......KEINDAHAN ALAM K.KLAWANG

Hari Ahad lepas saja-saja buat ride jalan-jalan ke kuala klawang menghirup udara segar dan melarikan
 diri dari kesesakan kota, ride kali ini disertai 4 orang sahaja, jalan di sana menarik penuh dengan koner
cuma pada hari ahad itu jalan basah sedikit jadi keselamatan dan cara menunggang di minimumkan sebanyak mungkin, gambar dibawah sebagai bukti perjalanan..

Antara jentera yang pergi 
selepas menjamu selera dan masa berangkat
 
satu-satu single R yang ikut
Sampai di satu-satu kedai yang ada di jeram gading
antara wajah-wajah jentera yang pergi
kumpulan ER6N/F turut serta

sekian terima kasih kepada yang menghadirkan diri di sini juga saya ingin ucapkan takziah kepada seorang didalam satu kumpulan superbike, terbabit kemalangan di k.klawang tapi mujurlah selamat.......

Thursday, March 17, 2011

SPARK PLUG...........( palam pencucuh )

dah tengah-tengah ni sekarang aku dah takda idea sangat nak tulis dekat blog aku ni sekarang
  tapi tengah selak-selak pakcik google ni aku jumpa pasal spark plug jadi apa kata kita mengenali
berkenaan spark plug ( palam pencucuh )

selama kita guna motosikal masih lagi ramai tidak tahu apa guna spark plug ( palam pencucuh ) dan betul ke ia boleh rosak
  tapi sebelum tu kita kenal dulu pasal siapa cipta spark plug ( palam pencucuh ) manalah tahu sapa-sapa yang belajar automotif masa periksa ada soalan macam ini. pencipta dia adalah Nikola Tesla tapi ia diperbaharui oleh
Richard Simms. Robert Bosch dan Karl Benz tapi ia tetap tidak sesuai digunakan dalam sistem enjin kenderaan.
dan pada  tahun  1902 Gottlob Honold  menjayakan  atau pun  membolehkan spark plug ( palam pencucuh ) mula digunakan di dalam enjin kenderaan ( diedit kerana kalau panjang mesti sangat ramai malas baca )

bahagian-bahagian spark plug ( palam pecucuh )

RAJAH BAHAGIAN SPARK PLUG ( PALAM PENCUCUH )
 

1- Terminal ( TERMINAL )--  disambungkan ke gelung pembakaran.
2- Sirip ( RIBS ) --- berfungsi sebagai penebat serta mengelak kebocoran elektrik.
3- Penebat ( INSULATOR )-- dibuat daripada serami aluminium oksida, ia direka bagi menampung suhu
                                               setinggi 550 °C dan voltan setinggi 60,000 V.
4-Bekas logam ( METAL CASE ) --membuang haba daripada penebat serta berfungsi sebagai elektrod
                                                         bumi.
5-Hujung penebat ( INSULATOR TIP ) --bahagian hujung penebat yang mengelilingi elektrod tengah
                                                                  mempengaruhi prestasi spark plug ( palam pencucuh terutamanya
                                                                  banjaran haba.
6-Elektrod tengah dan bumi ( CENTER ELECTRODE )---menghasilkan bunga api.


SPARK PLUG UNTUK HONDA NSR 150 R/RR DAN SP
   baiklah pada penguna Honda NSR 150 R/rr dan sp pengunaan spark plug yang sesuai adalah penting
tidak kiralah pada semua motosikal pun sama kerana ia boleh menghasilkan prestasi atau pun sebalik nya antara contoh piston berlubang jika gunakan spark plug iridium

     antara spark plug yang sesuai
UNTUK NSR 150 R DAN RR SAHAJA

spark plug NGK BR8ES unuk R dan RR
spark plug NGK B8ES untuk R dan RR
dan yang terbaik bagi motor R dan RR NGK B8ECS
kalau berani pakai spark plug ini NGK BR8EG/BR8ECM

UNTUK HONDA NSR 150 SP

spark plug NGK B9ECS yang terbaik untuk daily use tapi susah jumpa
NGK B9ES mudah didapati di malaysia
dan yang terbaik untuk jiwa kelajuan NGK BR10EG

satu nasihat kepada yang mengunakan motosikal guna lah yang bersesuaian dengan keadaan motor anda supaya tiada masalah berlaku mengunakan spark plug antara masalah contoh spark plug yang terbaik contoh jangan pakai spark plug kereta, ia boleh menyebabkan piston bocor kerana terlampau panas tapi nak pakai boleh sahaja janji setting motor tu cantik dan PALING PENTING JANGAN GUNAKAN  RECYCLE SPARK PLUG ( JENAMA LAIN BOLEH DIGUNAKAN BUKAN KERANA ADA APA-APA DENGAN ngk TETAPI SELALU MENGUNAKAN NYA )
 spark plug rosak
ok la spark plug rosak boleh tahu bila nak start moto rasa kosong
kenapa spark plug boleh rosak anataranya plug tu terbakar warna putih
tetapi spark plug basah pun boleh menyebabkan moto tak boleh dihidupkan ini semua kerana salah setting
minyak dan angin antar penyelesaian awal bukak spark plug itu dan lap dengan kain lepas tu pasang balik

sekian terima kasih

Wednesday, March 16, 2011

POWER VALVE MANUAL............

Baik lah hari ini aku nak kongsi sedikit berkenaan power valve manual, power valve manual
  biasanya di lakukan kerana SERVO MOTO dah rosak atau CDI SERVO rosak
diingatkan hanya wiyering NSR 150 R dan RR sahaja kerana SP CDI nya sekali berbeza dengan R dan RR mempunyai 2 CDI iaitu CDI API dan CDI SERVO...
lihat gambar dibawah yee kalau tak kenal apa itu servo..............

CDI SERVO DAN SERVO


jika benda yang didalam gambar di atas itu rosak jadi valve manual boleh dilakukan
cuba lihat gambar rajah dibawah

contoh ikatan pv manual

dan dibawah adalah contoh rupa selepas pv diikat kepada throttel,.......

gambar sekadar hiasan


selamat mencuba jika tidak tahu gantung kan ia setengah mengunakan kabel atau dawai............


Monday, March 14, 2011

Jenis-jenis Bearing............

walaupun aku baru mengenali dunia bearing motosikal aku nak kongsi sikit
 berkenaan jenis-jenis bearing
 bawah ini adalah sedikit gambaran berkenaan bearing yang ada digunakan didalam komponen enjin motosikal

antara jenis-jenis bearing
bearing pula dibahagi kepada beberapa jenis antaranya

1.bearing biasa

2.bearing fiber

3.bearing seramik





bearing-bearing yang digunakan didalam enjin adalah standard kerana bearing standard mempunyai ketahanan untuk kegunaan harian tetapi lain pula bearing fiber dan seramik kerana ia mempunyai daya kilasan yang lebih berbanding bearing standard
  ada juga menyatakan bearing fiber dan seramik tidak tahan tetapi bagi aku ia tahan cuma perlu
penjagaan lebih sikit dari standard misalnya penggunaan minyak hitam mesti yang mempunyai kualiti terbaik dan tukar mengikut masa kerana bila difikirkan fiber dan seramik mudah terhakis jika tidak dijaga

RIDE SG SENDAT ULU YAM..........

Pada 13/3/11 aku dan beberapa orang telah pergi ke sg sendat ulu yam untuk berekereasi di sana
menikmati keindahan alam dan mandi air terjun
 ride kali ini disertai 9 buah motor HONDA NSR 150 dan sebuah yamaha FZI 150 walaupun pada mulanya ride ini ingin disertai ramai orang tetapi ada pelbagai masalah telah berlaku apa-apa pun ride ini berakhir dengan selamat terima kasih kepada yang menyertai walaupun aku hanya sebagai PIC simpanan sahaja
  minta maaf jika ada salah dan silap..........

sedikit gambar sebagai tatapan...................................kasi panas skit pada yang tak pergi


Berkumpul di RV point petronas SELAYANG
 


 
mandi -manda time  sg  sendat
 
muka hero-hero remaja heheheheh 

berkumpul minum sebelum berpisah di batu cave 

tunggu ride akan datang 20/3/2011 di kuala klawang sesiapa ingin follow bagi lah tahu yeeee

Friday, March 11, 2011

TTS KILAT SHAH ALAM

hari Rabu lepas 9/03/2011 ada dilakukan TTS kilat di Shah alam restoran belakang dataran Shah alam..
sedikit gambar untuk ditatapi



sekian terima kasih ini sahaja tatapan gambar yang ada salah satu gambar dia atas adalah gambar motor aku sapa dapat teka ada hadiah tak menarik hehehehehhehe